Isteri dan anak-anak Alif Satar negatif Covid-19

Isteri penyanyi, Alif Satar iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif Covid-19 selepas membuat uj1an sar1ngan, semalam.

Alif berkata, hasil ujian itu diterima pagi hari ini dan mereka akan terus menjalani kuarant1n di rumah selama 14 hari.

“Allah SWT makbulkan doa anda semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak saya bebas dari Covid-19 dan akan terus menjalani kuarant1n di rumah selama 14 hari.

“Saya menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. Saya baca dan nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa semua.

“Terima kasih atas semua yang sudah anda lakukan untuk saya sekeluarga. Saya berdoa semoga Allah SWT juga mengabulkan doa untuk anda dan keluarga juga. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Sha Dila ketika dihubungi berkata, mereka kini menjalani kuarant1n di rumah walaupun keputusan negatif.

“Walaupun negatif, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan minta untuk buat ujian saringan kedua selepas 10 hari bagi memastikan v1rus ini betul-betul tidak ada dalam badan.

“Beberapa hari lepas memang hari yang sangat menakvtkan dan mencabar untuk saya dan keluarga sebab sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan banyak perkara tak boleh buat. Sewaktu dapat tahu Alif positif ketika dia di Melaka. Saya masih tertanya-tanya adakah ia betul sebab dia tidak ada gejaIa.

“Apabila uj1an kedua mengesahkan dia p0sitif, banyak perkara yang saya fikirkan. Dalam masa sama, saya tahu Alif banyak kerja dan berjumpa ramai orang termasuk menjalani penggambaran drama dan Muzik Muzik 35. Jadi, saya r1sau bukan untuk dia saja, tapi semua orang yang dia jumpa. Ia akan menjadi satu masalah besar. Nak fikir masalah sendiri dan dalam masa sama kena bertanggungjawab untuk beritahu supaya orang lain tak terkena. Jadi boleh bayangkan tak macam mana pening untuk melalui hari-hari ke depan?” katanya.

Terdahulu, Alif mengesahkan dirinya p0sitif wab4k itu di Instagram, keImarin.

Alif juga terbab1t pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pada Jumaat lalu.

Susulan itu, episod tiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung kelmarin terp4ksa ditvnda dan kesemua kru produksi serta penyanyi yang terbabit pada Jumaat dan Sabtu menjaIani uj1an sar1ngan.

Dalam masa sama, syarikat produksi drama JS Pictures yang turut membabitkan Alif sebagai pelakon utama menghent1kan penggambaran.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Be the first to comment on "Isteri dan anak-anak Alif Satar negatif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*