“Penginapan Kasih Umat”- Ebit Lew Taja Hotel 4 Bintang Untuk…

Pendakwah bebas dan ikon negara yang disayangi ramai, Ebit Lew masih belum berhenti dalam usahanya membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Terbaharu, Ebit menyediakan penginapan secara percuma di sebuah hotel 4 bintang buat war1s pesak1t dari luar bandar yang datang ke Kuala Lulur untuk mendapatkan raw4tan di Inst1tut Jantvng Negara (IJN) dan H0spital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ebit, penginapan yang terIetak di Hotel Premiera KL itu akan diberikan kepada sesiapa yang memerIukan tanpa mengira b4ngsa dan ag4ma.

“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada war1s pesak1t yang datang ke Kuala Lumpur untuk dapatkan raw4tan IJN dan HKL.

“Kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira b4ngsa dan ag4ma. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh hubungi 01170772380. Insya-Allah kos penginapan saya akan tanggung.

“Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi tinjauan, rata-rata memuji usaha murni Ebit itu yang tidak berhenti membantu serta memudahkan sesiapa yang berada dalam kesus4han.

“Syukur alhamdulillah, moga ustaz ebit sentiasa diberi kesihatan yang baik,” komen salah seorang pengikutnya. 

“Seriuslah ustaz, benda ni tak banyak NGO terfikir rasanya nak buat,” puji salah seorang warga maya.

“Terbaik ustaz, harap sangat tak ada orang yang salah guna atau amik kesempatan bukan-bukan di atas kebaikan ustaz,” kata salah seorang netizen.

Ebit popular dengan kemurahan hatinya yang suka menderma dan membantu rakyat Malaysia tidak kira dari segi kewangan serta keperluan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Penginapan Kasih Umat”- Ebit Lew Taja Hotel 4 Bintang Untuk…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*