Mawar Rashid izin suami nak tambah dua, asalkan ada kemampuan – “Saya sokong selagi tak meIanggar ajaran Islam”

PELAKON Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai status gurauan yang dimuat naik oleh suaminya Raf Yaakob yang mengakui tidak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua.

Menurut Mawar, 25, suaminya itu memang gemar mengus1k dan mended4hkan Raf sebenarnya memasang impian untuk memiliki dua buah kereta berjenama mewah untuk kegunaan harian.

“Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu… tak apa dia berangan jauh sebab nanti dia akan usaha dan kerja lebih keras untuk dapat benda tu.

“Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia, apa salahnya. Saya sebagai seorang isteri memang akan sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak meIanggar ajaran Islam.

“Selagi Raf mampu, tahu kewajiban dan sebagainya… tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga kereta.

Mawar Rashid bahagia lalui kehidupan rumahtangga dengan Raf Yaakob.

“Saya pun memang selalu bergurau dengan suami kerana dia selalu cakap nak dua tapi kita faham apa maksud dan gurauan dia itu,” katanya.

Menerusi Instagram, Mawar memuat naik video dan menulis kapsyen Raf sering menyebut tidak cukup satu dan mahukan dua.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH33 ini berkata sokongan dan penghargaan terhadap pasangan merupakan kunci kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Malah, dia cukup menghargai peng0rbanan suami yang sentiasa memberikan kata-kata positif ketika dia hampir pat4h semangat kerana uj1an dalam karier seni dan perniagaan.

Mawar sokong niat suami nak beli kereta baharu lagi.

“Bagi saya, jika ada netizen yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya menggangap mereka sengaja mahukan perhatian atau mungkin masih belum matang.

“Sebagai seorang artis, saya tak boleh cepat meIatah, anggap sahaja itu adalah asam garam dalam industri seni.

“Orang luar tak tahu apa susah senang saya dan suami lalui untuk mencari rezeki… biarlah orang nak kata apa pun, saya dah biasa dengan komen negat1f,” ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Mawar Rashid izin suami nak tambah dua, asalkan ada kemampuan – “Saya sokong selagi tak meIanggar ajaran Islam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*