Azwan Ali Dapat Job Dengan DSV, Netizen Tak Sabar Tengok Dua Diva Beraksi

Muncul dalam musim kedua program realiti terbitan TV3, Lagu Cinta Kita (LCK2), Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi bualan ramai. Malah, ramai yang memuji pengacara itu tampil profesional di pentas.

Nampaknya, rezeki Diva AA kini semakin mencurah-curah selepas kembali mengacara. Terbaru, Azwan Ali dikatakan menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara untuk program game show.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azwan memaklumkan mengenai berita gembira itu. Lebih menjadi perhatian, Azwan berkata dia bakal bergandingan dengan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida.

Azwan sempat meminta pendapat daripada peminatnya sama ada perlu atau tidak dia menerima tawaran tersebut. Rata-rata netizen meminta menerima tawaran tersebut dan tidak sabar melihat kedua diva itu beraksi.

Dalam pada itu, netizen turut meminta supaya Azwan tetap tampil profesional meskipun sebelum ini mereka berdua pernah terpalit dengan kontroversi panas dan bercakaran.

Pada Februari lalu, DSV meluahkan rasa terkilan apabila Azwan telah membakar minyak wangi yang diberi olehnya berikutan berlaku salah faham di antara mereka berdua sehingga menyebabkan pengacara sensasi itu bertindak sedemikian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Azwan Ali Dapat Job Dengan DSV, Netizen Tak Sabar Tengok Dua Diva Beraksi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*