“Confirm Pregnant!” Ramai Tunggu Apa Agaknya Siti Nurhaliza Akan Umumkan Pada 1 Disember Ni

Adakah sudah terang lagi bersuluh bahawa penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua?

Difahamkan pada 29 November lalu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi telah menghadiri majlis makan malam di samping menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang ahli keluarganya.

Satu video yang dimuat naik oleh bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham telah menarik perhatian ramai warganet.

Apa yang menjadi tumpuan di dalam video tersebut ialah keadaan TokTi yang seakan-akan sedang hamil dan rata-rata komen yang ditinggalkan turut berasa yakin bahawa penyanyi lagu Aku Bidadari Syurga itu sememangnya sedang hamil anak kedua.

Dalam masa yang sama, pada 1 December ini, TokTi bakal mengumumkan satu perkara penting kepada peminatnya.

Salah satu pengumuman itu ialah mengenai Muzik Video lagu baharunya berjudul Kuasa Cintamu dan kemungkinan besar akan ada satu lagi pengumuman penting yang akan kita ketahui.

Tak sabar rasanya nak tunggu 1 Disember ni ya, apa agaknya satu lagi pengumuman penting tu.

Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat TokTi sekeluarga ya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Hot FM 

Be the first to comment on "“Confirm Pregnant!” Ramai Tunggu Apa Agaknya Siti Nurhaliza Akan Umumkan Pada 1 Disember Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*