Tercalon 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2020, Fazura Tumpang Bangga Dengan Fattah – “Dia Kata….

Pelakon Fattah Amin akui terkejvt apabila sekali lagi tersenarai antara lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020.

Jelas Fattah, 30, dia bersyukur kerana masih ada peminat yang mencalonkan namanya dan tidak menyangka akan tersenarai lagi sekali.

“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan.

“Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka.

“Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi,” katanya.

Fattah merupakan selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini anjuran TC Candler.

Pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek. 

Bekas juara Hero Remaja itu mendapat tent4ngan seng1t daripada tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop.

Mengulas mengenai reaksi isterinya, Nur Fazura apabila dia tersenarai dalam calon tersebut, cerita Fattah senarai itu pernah diulang siar dalam akaun Instagram aktres itu sebelum ini.

“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia,” tambahnya ringkas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Tercalon 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2020, Fazura Tumpang Bangga Dengan Fattah – “Dia Kata…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*