“Mata Tokti Penuh Tersirat 11 Saat SimboIik 11 Tahun Tunggu Kehadiran Siti Aafiyah,” – Muzik Video Kuasa Cintamu Buat Peminat Seb4k

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencetvskan fen0mena apabila meIancarkan muzik video baru berjudul Kuasa Cintamu.

Tambah menarik, muzik video berkenaan diIancarkan pada tarikh sama selepas Siti atau lebih mesra disapa Tokti mengumumkan keham1lan keduanya semalam.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Universal Music Malaysia, lagu ciptaan Melly Goeslow dan lirik tulisan bersama Tokti itu menjadi video muzik ke-7 dari album ‘ManifestaSITI2020’.

Bagi menterjemah secara visual maksud di sebalik lirik lagu ini, pengarahnya, Adriana Tunku memfokuskan cerita perjalanan hidup Tokti dari zaman keIahirannya sehingga dikurniakan cahaya mata sendiri, Siti Aafiyah.

Menurut Adriana, Kuasa Cintamu sar4t dengan em0si yang bercerita tentang cinta yang bersifat universal. 

“Boleh merujuk kepada beberapa bentuk cinta yang ada dalam kehidupan kita, cinta kepada Tuhan, cinta kepada pasangan, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga dan cinta kepada anak. 

“Bagi menggambarkan perjalanan berterusan dalam kehidupan Tokti, kami merakam keseluruhan video muzik ini dalam satu urutan tanpa sebarang g4ngguan. 

“Teknik penggambaran sekali rakam ini, memerlukan perancangan yang rapi kerana ia dirakam dari perspektif satu kamera dalam satu masa dan ruang yang sama. 

“Setiap butiran kecil  melibatkan apa-apa perubahan di hadapan lensa kamera perlu dirancang rapi agar  penonton tidak menyedari apa yang berlaku di belakang lensa kamera. Untuk mendapatkan ‘shot’ yang sempurna, kami terp4ksa melakukannya berulang kali,” katanya.

Menurut Tokti pula, menghasilkan muzik video Kuasa Cintamu merupakan satu pengalaman baru kerana menjayakan penggambaran dalam satu urutan tanpa henti.

“Pada masa sama, saya perlu menukar persalinan dalam masa beberapa saat sahaja. 

“Kami mencuba beberapa kali dan akhirnya pihak pengarah mengambil hasil yang terbaik daripada penggambaran tersebut. 

“Siti Aafiyah juga turut menyerikan video ini dan saya mendedikasikan video ini buat anakanda saya,’’ katanya.

Sementara itu menerusi komen di YouTube, rata-ratanya tersentvh dengan penyampaian muzik video berkenaan.

Kisah perjalanan karier penyanyi kesayangan ramai itu membuatkan kebanyakan peminatnya seb4k.

“This song story about Aafiyah..kehadiran mu seperti tidak mungkin bisa terjadi, omg so touch, buat ibu jatuh cinta lagi,” kata seorang netizen.

“Suke la part mata tokti, penuh tersirat 11 saat adalah simb0lik pada 11 tahun menunggu kehadiran Siti Aafiyah,” kata seorang lagi netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, muzik video berkenaan telah ditonton sebanyak 210,000 kali.

Video muzik rasmi Kuasa Cintamu boleh dilayari di saluran YouTube Siti Nurhaliza manakala album ManifestaSITI2020 boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Mata Tokti Penuh Tersirat 11 Saat SimboIik 11 Tahun Tunggu Kehadiran Siti Aafiyah,” – Muzik Video Kuasa Cintamu Buat Peminat Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*