“Saya Lebih Selesa Tak Ada Ayah, Boleh Tidur Dengan Mama” – Cik B

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini.

Jelas Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, ibunya sudah memainkan peranan sebagai bapa dan ketua keluarganya sepanjang tempohnya membesar.

“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cembvru dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya.

Jelas Cik B, biarpun pernah memiliki figura dua bapa tiri sebelum ini, gadis yang baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan itu tidak menganggap mampu memberikan kebahagiaan dalam keluarganya.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama.

“Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.

“Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. 

“Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” tambahnya.

Vida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun bercera1 pada April 2017.

Pelantun lagu I Am Me itu juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Saya Lebih Selesa Tak Ada Ayah, Boleh Tidur Dengan Mama” – Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*