Pengakhiran mulia… Ustaz kongsi kisah jen4zah seolah bersyahadah ketika dimandikan, anak usia 18 tahun imamkan solat – “Jari telunjuknya sedikit pun tak berubah”

MEREKA yang dijemput Ilahi pasti akan melalui fasa pengurusan jen4zah untuk dikebumikan, sebelum menuju perjalanan terakhir untuk menghadap Pencipta.

Berdepan fasa ini, pengurusan jen4zah yang dipermudahkan amat diharapkan oleh ahli keluarga si m4ti, termasuk pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya sehingga dikebumikan.

Pelbagai cerita mengenai jen4zah sering diceritakan dalam kalangan masyarakat, seperti wajah tenang dan tersenyum, berseri-seri malah ada yang seperti bercahaya.

 

Menerusi satu kisah seumpamanya, satu jen4zah lelaki dewasa telah disempurnakan oleh Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SJPM) di Hospital Serdang, Selangor, pagi Isnin.

Jen4zah diuruskan oleh SPJM bersama ahli keluarga arwh.

Berkongsi pengalaman, Pengerusi SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, arwah menlnggal dunia akib4t komplikasi j4ntung, awal pagi Isnin.

Menurut beliau, berlaku satu kejadian terhadap jen4zah yang dimandikan.

“Sepanjang memandikan jen4zah, jari telunjuknya sedikit pun tidak berubah seolah-olah sedang bersyahadah.

“Alhamdulillah, jen4zah diuruskan bersama ahli keluarga dan anak arw4h sendiri,” katanya mengenai antara tanda pengakhiran seorang manusia yang cukup mulia.

Keadaan itu digambarkan seperti arw4h mengangkat jari telunjuk ketika mengucap dua kalimah syahadah semasa solat.

Waris sedang melihat jen4zah buat kali terakhir.

Tanpa mengulas terperinci mengenai latar belakang jen4zah, beliau yang dikenali sebagai Ustaz Rafie memberitahu arw4h merupakan bapa kepada seorang anak dan mudah mesra.

“Menurut sumber, arw4h memang seorang yang amat disenangi ramai,” katanya.

 

Alhamdulillah, jen4zah diuruskan bersama ahli keluarga dan anak arw4h sendiri.

MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID

Beliau berkata, apa yang lebih menguntungkan adalah solat jenazah dipimpin oleh satu-satunya anak lelaki arw4h.

“Arw4h ada anak lelaki itu sahaja, usianya mungkin sekitar 18 tahun. Memang sepatutnya anak lelaki yang menjadi imam solat jen4zah ibu dan ayahnya.

“Ini kerana inilah jasa terakhir kepada mereka di atas dunia ini,” ujarnya yang berpengalaman dalam pengurusan jen4zah selama 16 tahun.

Jen4zah dibawa ke Masjid Abu Hurairah untuk pengebumian.

Menurut Ustaz Rafie, jen4zah dibawa ke Masjid Abu Hurairah di Kampung Batu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan berdekatan kawasan itu, pagi Isnin.

“Semoga roh Allahyrham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Pengakhiran mulia… Ustaz kongsi kisah jen4zah seolah bersyahadah ketika dimandikan, anak usia 18 tahun imamkan solat – “Jari telunjuknya sedikit pun tak berubah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*