Rossa Mengaku Pernah Depres! Gara Gara Kemunculan…

Menjadi penyanyi yang sudah diberi gelaran Diva tidak bermakna perjalanan karier yang dilalui Datuk Seri Rossa berjalan mulus.

Sebaliknya, kata penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Hey Ladies ini, beliau juga pernah melalui fasa berasa dirinya sudah tidak diperlukan di dalam industri hiburan Indonesia.

Selain berasa lagu lagunya sudah tidak boleh berkembang, Rossa mengaku kehadiran banyak penyanyi baharu membuatkan kariernya semakin tenggelam. Hal itu kemudian membuat beliau depresi.

Pengakuan itu dibuat Rossa sewaktu menjadi tetamu dalam podcast program yang dihoskan oleh

Deddy Corbuzier dan Ivan Gunawan. 

“Saya sempat ya berasa itu (depresi). Mungkin waktu itu saya penat. Saya ingat lagi sekitar tahun 2015, saya berasa karya karya kepunyaanku sudah tidak boleh berkembang. Berada di situ sahaja sampai tak tahu apa yang patut dilakukan lagi,” akui Rossa dalam pertemuan itu.

Hal itu kemudian memicu kepada kr1sis kepercayaan diri. Tidak hanya berasa karyanya sudah tidak boleh berkembang, beliau juga sudah tidak diberi perhatian oleh syarikat rakaman.

“Saya juga sempat berasa syarikat rakaman sudah tidak lagi memerlukan saya, diberi layanan kurang. Padahal tak ada apa yang terjadi. Syarikat rakaman melayan saya dengan sangat baik. Hanya perasaan saya pada waktu itu, semuanya jadi terlalu sensitif buat saya,” tambah ibu tunggal anak satu itu lagi.

Dan hal lain yang terus membuat dirinya berasa depr3si adalah apabila muncul ramai penyanyi baharu, sekaligus menjadi saingan buat dirinya.

“Waktu itu saya berasa sudah melakukan semuanya. Apa lagi yang belum saya keluarkan. Pada waktu yang sama ramai penyanyi baharu yang lebih baik dan bagus daripada saya muncul. Jadi perasaan saya lebih d0wn,” tutur Rossa.

Namun segala perasaan d0wn dan d3presi berjaya dibvang oleh Rossa yang diketahui akrab dengan penyanyi Afgan itu.

Rossa malah terbang lebih tinggi dan menjadi sangat sukses kerana kerja keras dan perasaan tanpa putus asanya.

Terkini, beliau baru muncul dengan single terbaharu yang diberi judul Masih. Apa yang istimewa, Rossa berjaya menggunakan khidmat aktor terkenal Korea Selatan, Ki Do-hoon sebagai model untuk video muzik lagu tersebut.

Sebelumnya, Rossa juga berjaya memikat hati peminat Korea apabila menyanyikan Hati Yang Kau Sak1ti dalam versi Korea yang berjudul Sangcheo Badeun Maeum pertengahan tahun ini.

Instagram: @itsrossa910

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Rossa Mengaku Pernah Depres! Gara Gara Kemunculan…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*