Dari Jurutera Minyak & Gas, Pemuda Ini Akhirnya Ceburi Bidang Yang Tak Disangka

Penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan sekitar awal tahun 2020 hampir seluruh negara banyak memberi kesan dan impak bukan sahaja kepada kesihatan orang awam malah profesion ataupun pekerjaan seseorang individu itu juga mampu terjejas.

Demi mengecilkan sumber pendapatan, kebanyakan syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan operasi malah terdapat individu yang dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.

Namun, lain pula buat seorang bekas jurutera minyak dan gas bernama Fazrul Azreen. Jom ikuti kisahnya:-

“Tidak pernah saya sangka kerjaya saya sebagai jurutera minyak & gas yang saya ceburi lebih 10 tahun ini berubah akibat virus Covid-19.

Semuanya bermula apabila diberhentikan kerja gara-gara syarikat mempunyai masalah untuk membiayai pekerja akibat virus yang melanda,” ujarnya

Fazrul sebelum ini bekerja sebagai jurutera minyak & gas bersama syarikat minyak nasional selama hampir 9 tahun dan kemudian berpindah ke syarikat minyak dan gas milik Amerika Syarikat yang bertempat di Kuala Lumpur.

Ini kerana pada masa Fazrul bekerja bersama syarikat terdahulu beliau ditempatkan di Pengerang, Johor yang jauh dengan keluarga.

Pada ketika itu, isterinya berhadapan dengan masalah kesihatan dan terpaksa meletakkan jawatan untuk lebih dekat bersama keluarga iaitu di Seremban.

“Alhamdulillah saya diterima masuk ke syarikat milik Amerika Syarikat itu sekitar akhir tahun 2019. Saya sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari,”

Sekitar Jun tahun 2020, Fazrul telah diberhentikan kerja sehingga membuatkannya sangat tertekan kerana masa depan kelihatan gelap.

Namun demi kelangsungan hidup, beliau cuba untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dengan menceburi bidang baru iaitu perniagaan.

“Secara jujurnya, industri kosmetik ini tidak asing bagi saya kerana sebagai seorang jurutera kimia saya sangat berminat untuk mengetahui isi kandungan yang ada di setiap makeup tersebut tidak kiralah lipmatte, foundation, lipsticks mahupun maskara,”

Menceritakan pengalamannya semasa bekerja bersama syarikat dari Amerika Syarikat, beliau diberi peluang untuk menjelajah beberapa negara, seperti Taiwan, Thailand, Korea, Vietnam dan lain lain lagi.

“Peluang ini saya gunakan untuk mendalami dunia kosmetik ini dengan berjumpa pembuat kosmetik dan juga pakar-pakar di sana,”

Apa yang menarik perhatiannya adalah mereka menggunakan bird nest extract formula untuk menghasilkan sesuatu produk kosmetik.

Umum mengetahui khasiat bird nest extraction banyak digunakan untuk anti-penuaan, mengelak muka berkedut, muka tampil berseri dan sihat.

Oleh itu, Fazrul telah menggunakan formula tersebut untuk mengetengahkan dalam penghasilan produk keluarannya iaitu Hummingbird Cosmetics kerana belum ada lagi mana-mana produk kosmetik dari Malaysia menggunakan formula berkenaan.

“Alhamdulillah usaha saya ini dibantu oleh isteri yang merupakan doktor pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau banyak menasihati saya berkenaan isi kandungan yang selamat digunakan untuk penggguna.

Syukur ke hadrat Ilahi berkat usaha ini, bukan saja mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari KKM dan JAKIM malah dari Korea Food and Drug Administration (KFDA) selaku pembekal barangan mentah,” 

Dalam menghasilkan sesuatu produk kosmetik, modal untuk menghasilkan dan mengembangkannya sangat tinggi.

Fazrul mengakui, walaupun setelah lebih 10 tahun beliau berkhidmat sebagai jurutera oil & gas, duit simpanan pada ketika itu tidak mencukupi untuk projek tersebut

“Sejak saya diberhentikan kerja, saya berniaga menjual kopi di jalanan, tidak cukup dengan itu saya bekerja separuh masa juga sebagai pemandu e-hailing,”

“Semua ini saya lakukan agar Hummingbird Cosmetics cukup dana untuk meneruskan cita-cita ini.

Alhamdulillah selepas lebih setahun berhempas pulas untuk menjayakan projek ini, akhirnya Hummingbird Cosmetics lahir di dunia nyata pada 1 Disember lalu dengan produk pertama adalah lipmatte.”

Menurut Fazrul, sambutan pada hari pertama pelancaran benar-benar di luar jangkaannnya.

Fazrul turut melahirkan penghargaan buat semua yang terus memberi sokongan dan galakan termasuk keluarga, sahabat dan team Hummingbird yang berhempas pulas untuk menjayakan projek ini.

Semoga kisah yang dikongsi oleh saudara Fazrul Azreen ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Dari Jurutera Minyak & Gas, Pemuda Ini Akhirnya Ceburi Bidang Yang Tak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*