Kucing Kesayangan Yuna Hilang, ‘Satu Shah Alam’ Tolong Cari

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan kerana sifatnya yang comel dan manja itu.

Tapi perasaan bimbang mesti akan timbul dalam diri pemilik haiwan sekiranya si bulus itu hilang daripada pandangan.

Itu lah apa yang terjadi kepada penyanyi antarabangsa, Yuna apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Koci dikatakan telah hilang selama 24 jam dari rumah ibubapanya yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam.

“Hey guys really wish I didn’t have to do this but our cat Koci has gone missing for 24hours now, around Sek9 Shah Alam area. If you’ve seen her plssss let me know. We love her so much.”

Yuna menggambarkan sifat kucing itu dengan harapan ia dapat dijumpai oleh sesiapa dan dipulangkan semula ke rumahnya.

Twit itu telah mendapat perhatian ramai dan ada netizen memberi tips kepada Yuna tentang cara mudah untuk mencari kucing yang hilang dengan bertanya kepada kucing liar yang lain.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berusaha untuk mencari Koci untuk berjumpa dengan Yuna, amboi korang ni bukan main ya!

Namun Yuna akhirnya memuat naik satu lagi twit memberitahu bahawa Koci telah pulang ke rumah dan si bulus itu muncul di hadapan pintu rumahnya tanpa disedari.

Penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang memberikan maklumat tentang Koci.

Jelas di sini bahawa ramai warganet mempunyai sifat prihatin lebih-lebih lagi sekiranya ia berkenaan dengan si bulus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Kucing Kesayangan Yuna Hilang, ‘Satu Shah Alam’ Tolong Cari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*