Menyesal ‘Silent’kan Telefon, Terlambat Untuk Tatap Ayah Buat Kali Terakhir

Setiap manusia yang bernyawa pasti akan berhadapan dengan kematian, dan kita sebagai hambaNya perlu bersedia apabila dijemput malaikat maut. Seperti perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Fazefrazzel, di Twitter, menceritakan pengalamannya kehilangan insan yang tersayang iaitu ayahnya sendiri

 

Menerusi tweetnya, menceritakan pada mulanya dia sudah berasa tidak sedap hati dan bapanya ketika itu sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika kejadian, dia berada di Kedah manakala keluarganya menetap di Pulau Pinang. Sebelum ini, telefonnya diletakkan di dalam mood silent kerana tidak mahu diganggu.

Namun, ketika arwah ayahnya meninggal dunia dia menerima hampir 40 missed call daripada ahli keluarganya bagi memberitahu ayahnya sudah dijemput Ilahi. Ibunya sempat memberi pesanan supaya dia berhati-hati pulang ke kampung.

 

Tidak hanya panggilan, ahli keluarganya turut menghantar pesanan menerusi Whatsapp bagi memberitahu akan berita tersebut. Ibunya turut menyangka dia sedang tidur ketika itu, dan mahu menunggu sehingga dia bangun dari tidur. Terkejut dengan berita tersebut, dia lantas bergerak balik ke kampung untuk melihat jenazah ayahnya buat kali yang terakhir.

 

Jelasnya lagi, kakaknya dari Kuala Lumpur sampai terlebih dahulu berbanding dia yang berada di Kedah. Tambahan pula, dia agak ‘menyesal’ kerana silent telefon bimbitnya ketika itu, jika tidak, lagi awal dia sampai untuk melihat arwah bapanya. Di hujung tweet tersebut, dia sempat meluahkan rasa rindu yang terpendam selama ini kepada arwah ayahnya.

Perkongsian tersebut telah meraih 10.6k retweet dan 27.1k likes, menerusi ruangan balas rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang terjadi kepadanya dan mendoakan supaya arwah ayahnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Fazefrazzel via OhBulan

Be the first to comment on "Menyesal ‘Silent’kan Telefon, Terlambat Untuk Tatap Ayah Buat Kali Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*