Niat Mahu Bantu, Tapi Suhaimi Saad Tiba-Tiba Minta Bayaran RM5OOO. Inteam Terpaksa Dedah Satu Persatu

” Hazamin tu sahabat SS (Suhaimi Saad) dunia akhirat. Tapi dia bukan orang yang betul untuk ‘deal’ urusan kerja dengan SS. Ingat tu sampai bila-bila.”

Demikian hantaran dimuat naik bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad yang seolah-olah menyatakan ketidakpuasan hati terhadap anggota kumpulan berkenaan, Muhammad Hazamin Harun.

Status ditulis Suhaimi Saad itu dikatakan berhubung penganjuran konsert Ulang Tahun ke-20 Inteam yang bakal berlangsung pada 12 Disember ini.

Hazamin ketika dihubungi berkata, Suhaimi tidak tersenarai dari awal kertas cadangan dikemukakan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

” Saya kalau boleh tak nak sangat perkara ini diperbesarkan, tapi saya perlu perjelaskan juga.

” Pada asal konsert ini sememangya tiada pembabitan Suhaimi pun, sebab ini bukan konsert reunion. Dalam kertas cadangan kami kepada pihak KKMM pun tiada kami cadangkan.

” Tapi selepas dana diluluskan, kami berbincang dan ingin membantu dia dengan menjemput juga bersama dalam acara ini, walaupun tidak ada peruntukan bajet asal untuk itu. Bermakna kami tambah dari bahagian lain.

” Alhamdulillah, selepas saya bertanya padanya, dia bersetuju untuk hadir dan terbabit sama. Kami bersetuju membayar RM2,000 dan saya tambahkan lagi menjadi RM3,000 sebagai penghargaan.

” Semua tiket penerbangan untuk dua orang dan rumah inap desa (homestay) juga akan kami tanggung.

” Sebaik sahaja mendapat bayaran pertama daripada KKMM kami sudah membuat pembayaran pendahuluan 50 peratus kepada semua pembekal, pemuzik dan artis secara berperingkat kerana itulah yang dikehendaki oleh pihak KKMM,” katanya kepada Harian Metro.

Gambar, dari kiri: Hisyam, Hazamin, Suhaimi, Syah dan Rahim

Namun, Hazamin menjelaskan, pembayaran pendahuluan Suhaimi terpaksa ditangguh bagi menunggu pengumuman kerajaan mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjut atau ditamatkan.

” Pihak akaun saya menasihatkan agar menangguhkan bayaran yang terkait dengan pengumuman PKPB.

” Antara bayaran yang ditangguhkan seperti kerusi banquet untuk penonton tiket yang hadir ke dewan, cetakan bahan-bahan hiasan luar dewan dan termasuklah bayaran Suhaimi kerana hanya dia seorang yang akan datang dari Kelantan, iaitu merentas negeri.

” Walaubagaimanapun, kesungguhan kami sudah membeli tiket penerbangan, dengan harapan PKPB akan ditamatkan. Kerana kos tiket penerbangan itu tak terlalu besar kalau terpaksa dibatalkan.

” Namun, secara tiba-tiba, pegawai perhubungan awam saya memaklumkan Suhaimi ingin menarik diri atas beberapa sebab tertentu pada Rabu lalu.

” Saya menghubungi dia semula dan memohon maaf kerana terpaksa melewatkan pembayaran pendahuluan atas beberapa faktor yang tidak semua saya ceritakan padanya.

Suhaimi tiba-tiba minta bayaran RM5 ribu

” Akhirnya, dia menyatakan akan bersetuju sekiranya bayaran dinaikkan kepada RM5,000, ditanggung semua kos dan bayaran pendahuluan dibuat malam itu juga,” katanya.

Menurut Hazamin, permintaan Suhaimi itu tidak dibantah serta merta sebaliknya dibawa berbincang bersama anggota dan pasukan.

” Saya tidak terus membantah, tapi mengusulkan pada rakan-rakan dalam pasukan saya. Majoriti daripada mereka tidak bersetuju. Saya nyatakan pada Suhaimi perkara itu.

” Kami pun mengakhiri perbualan dengan sangat harmoni. Saya mohon maaf padanya, begitu juga dia mohon maaf pada saya dan saling mendoakan.

” Tiba-tiba dia mengeluarkan beberapa kenyataan bahkan membuat video yang bagi saya sangat mengec3wakan dan menyed1hkan.

” Apa pun, kami sangat berharap isu ini tidak berlarutan dan kami akan terus fokus pada persedian konsert kami Sabtu depan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/05/suhaimi-saad-minta-bayaran-5-ribu/

Be the first to comment on "Niat Mahu Bantu, Tapi Suhaimi Saad Tiba-Tiba Minta Bayaran RM5OOO. Inteam Terpaksa Dedah Satu Persatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*