Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto di Instagram, Ini Sebabnya

Selepas keputusan berhijarah pada 15 Oktober lalu, selebriti terkenal Noor Neelofa dilihat telah memadam hampir 4,000 perkongsian foto yang membabitkan dirinya dalam acara hiburan menerusi laman Instagram miliknya.

Antara perkongsian yang dipadam oleh usahawan berusia 31 tahun itu termasuklah foto semasa menghadiri beberapa acara fesyen dan memperagakan koleksi busana mewah antarabangsa daripada pereka-pereka terkenal.

Malah, Neelofa turut dilihat memadam status bio ‘Actress & TV Host’ pada akaun Instagramnya.

Menjengah akaun Instagramnya, Neelofa hanya mengekalkan foto-foto kenangan ketika berada di Tanah Suci Mekah bersama keluarga dan berkaitan dakwah.

Setakat ini, akaun Instagram Neelofa hanya mempunyai 2,648 muat naik berbanding sebelumnya iaitu lebih daripada 7,000 perkongsian.

Terdahulu, Neelofa telah mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan selebriti apabila memutuskan untuk berpurdah sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, Neelofa juga sedang menunggu hari bahagia apabila telah dirisik oleh keluarga lelaki pilihan hatinya, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, pada 2 November lalu.

Difahamkan, mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan.

 

Sumber daripada: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo,

HotFM

Be the first to comment on "Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto di Instagram, Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*