Harris Alif MeIamar Intan Ladyana?

Sebelum ini hang4t diperkatakan mengenai kisah percintaan mereka yang berbeza usia 17 tahun, bagaimanapun ia tidak menghalang pelakon muda Harris Alif dan Intan Ladyana untuk terus menjalin hubungan cinta.

Terbaru, pelakon berusia 21 tahun itu dilihat ada memuat naik sekeping gambar di Instagram memegang kotak bersama cincin, seolah sedang melamar seorang wanita, namun tidak ditunjukkan wajahnya.

Menerusi perkongsian itu, Harris turut menyertakan kapsyen mengharapkan semoga cinta mereka mekar untuk selamanya.

Susulan perkongsian itu, timbul spekuIasi pelakon itu mengambil keputvsan untuk melamar kekasihnya. Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara itu, rata-rata rakan selebriti netizen mengucapkan tahniah.

Hasil tinjauan di Instagram Intan, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar memakai baju berwarna merah jambu yang sama seperti Haris menerusi foto yang dikongsikan.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi oleh pasangan itu. Apa pun sama-sama kita nantikan dan doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Harris Alif MeIamar Intan Ladyana?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*