Nabil Ahmad Ded4h Pernah Rvgi Hampir Setengah Juta Ringgit Kerana Bisnes

Pelakon dan pelawak Nabil Ahmad mended4hkan bahawa dirinya pernah berdepan kerug1an hampir setengah juta ringgit ketika cuba menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Menurut Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 37, dia mengakui kegagaIan dalam bisnes yang dialaminya itu berpunca daripada diri sendiri yang tidak mempunyai ilmu dalam perniagaan.

“Sebelum ini pelbagai perniagaan yang saya lakukan. Antaranya termasuklah bisnes studio Muay Thai dan zumba.

“Semuanya tak boleh ‘pergi’ (tak beri keuntungan). Memang banyak habis duit. Semuanya disebabkan saya tak ada ilmu nak berniaga. Tak tahu nak uruskan hal berkaitan pemasaran dengan betul, main buat sahaja.

“Kita ingat bila ada duit, kita boleh buat (berniaga), tapi itu sebenarnya satu kesiIapan. Nak berniaga kena ada ilmu. Kalau ingat balik (kerug1an) memang rasa raIat,” katanya.

Nabil ditemui pada sidang media pelancaran produk makanan ringan, DoryLicious di Gombak, Selangor hari ini.

Jelas Nabil lagi, biarpun berdepan kegagalan, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menjadi seorang usahawan.

Bahkan, katanya, perniagaan makanan yang diusahakan sejak tahun lalu  ini juga merupakan salah satu cara dirinya menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandem1k.

“Sebenarnya, ramai yang mesej di DM (mesej peribadi di Instagram), minta bantuan RM100, RM200.

“Jadi, apa yang saya boleh bantu, saya ajak mereka berniaga,” katanya yang turut memperkenalkan dua rakan niaga lain iaitu pelawak Achey dan Zizan Razak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Nabil Ahmad Ded4h Pernah Rvgi Hampir Setengah Juta Ringgit Kerana Bisnes"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*