Tanda penghormatan kepada Syafiq Ahmad sekeluarga, bendera JDT dipasang separuh tiang

BENDERA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diturunkan separuh tiang di Stadium Sultan Ibrahim sebagai tanda penghormatan kepada penyer4ngnya, Syafiq Ahmad dan keluarga.

Arahan itu dikeluarkan oleh pemilik kelab yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tunku Ismail telah menghantar Setiausaha SuIit Baginda bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu pemain Kelab Johor Darul Ta’zim, Syafiq Ahmad yang telah kehiIangan ahli keluarga terdekat pada pagi tadi.

“Tunku Ismail juga bertitah untuk bendera JDT di Stadium Sultan Ibrahim diturunkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takz1ah dipaparkan di skrin besar sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq sekeluarga. Upacara Tahl1l juga akan diadakan selama tiga hari,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.

Syafiq yang juga pemain skuad Harimau Malaya terbabit dalam kemaIangan awal pagi tadi yang meng0rbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.

Dua lagi yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 5.30 pagi di Kilometer 163 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, ceder4 ringan, manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, par4h.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Tanda penghormatan kepada Syafiq Ahmad sekeluarga, bendera JDT dipasang separuh tiang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*