Norman Hakim Terkejut, Anak Nangis Datang Pelvk

Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mendapat kejutan daripada anak keduanya, Marissa Dania Hakim.

Norman berkongsi momen manis itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya

Video pendek itu merakamkan wajah Norman yang terkejut apabila anaknya muncul dengan memakai pelitup muka sambil membawa secawan air.

Norman yang berada di set penggambaran drama terbaharu berjudul The Maid jelas kelihatan terkejut sebaik sahaja melihat anak kesayangannya.

Menerusi coretannya, Norman memberitahu dia tidak mengetahui tentang kehadiran Marissa.

“My baby girl @marissadania_ singgah buat lawatan kejutan dekat papa dia di set #DramaTheMaid.

“Kebetulan dia on the way balik dari Seremban ada program dengan rakan sekolah, terus singgah. Masya-Allah terkejut papa.

“Dia pakat dengan PA mintak kongsi lokasi dan jangan bagitahu dia nak datang. Terima kasih sangat-sangat my baby girl,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Dalam pada itu, Marissa yang tidak dapat menahan sebak terus menangis sebaik sahaja dipeluk dan dicium bapanya penuh kasih sayang.

Momen itu juga telah menyentuh hati pengikut Instagram Norman.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada tahun 2002 dan bercer4i pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu, Norman dan Abby dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Kini Norman dan Memey mendirikan rumah tangga sejak 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Dalisha Hakim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Norman Hakim Terkejut, Anak Nangis Datang Pelvk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*