Anggap Pakai ‘Face Shield Irritating’, Cliff Umar Mohon Maaf Secara Terbuka

Juara Gegar Vaganza 7 (GV7) Cliff Umar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak gara-gara kenyataan yang dikeluarkannya secara langsung usai pengumuman pemenang musim ini malam tadi.

Cliff Tidak Sengaja 

Menurut Cliff, dia sama sekali tidak sengaja memperlekehkan pelitup muka yang dipakai sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP). Jelas vokalis Projek Pistol ini, dia merujuk kenyataannya kepada situasinya ketika itu yang menganggunya untuk berucap.

“Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah bercakap dengan memakai pelitup muka sebenarnya agak sukar.Jadi saya terpaksa membukanya” kata Cliff kepada Murai.my

Sedar akan kenyataannya itu telah menyinggung perasaan sesetengah pihak dan menimbulkan kec4man di media sosial, Cliff berkata ianya berlaku dengan begitu pantas kerana terlalu terkejut dengan kemenangan tersebut tanpa sempat memikirkannya terlebih dahulu.

Mohon Maaf 

Menerusi tinjauan Murai.my, Cliff turut memuatnaik kenyataannya berhubung isu tersebut di laman Facebook. Kongsinya, dia akan berkongsi satu lagi hantaran memohon maaf pada petang ini.

“Saya tidak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati, sekali lagi saya mohon maaf,” katanya lagi”

Cliff yang dinobatkan sebagai juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. Pelantun Wanita Seluruh Dunia ini juga menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi secara automatik sekaligus berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM2,000 dan tajaan barangan Adabi selama satu bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Murai

Be the first to comment on "Anggap Pakai ‘Face Shield Irritating’, Cliff Umar Mohon Maaf Secara Terbuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*