Mel4mpau! Nafiz Muaz beri amaran terakhir, minta individu tak dikenali berhenti hantar foto luc4h – “Kau ingat aku ni apa… tiada m4ruah diri?”

BUKAN sekali tetapi sudah beberapa kali menerima mesej dan gambar luc4h daripada lelaki di laman sosial membuatkan pelakon Nafiz Muaz tidak dapat lagi menahan kemarahannya.

Enggan berdiam diri, Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 22, memberi amaran terakhir kepada individu itu agar berhenti melakukan perbuatan j1jik tersebut sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sebelum ini ada yang buat perangai macam ini tapi aku tak nak cerita. Tapi ini kira, last warning la… aku tak kan tunjuk nama dia dan apa yang dia hantar. Hanya sekadar aku tunjuk mesej dia sahaja.

Nafiz turut berkongsi paparan skrin gambar yang dihantar individu tersebut.

“Aku rasa pelik sebab lelaki yang buat perangai macam ini… hantar dekat lelaki. Aku tak tahu apa masalah dia. Lelaki DM aku hantar gambar bogel… aku paling benci! Apa benda kau buat ini… aku tak boleh la.

“Beberapa hari lalu dia DM aku… aku tak nak cakap nama dia tapi ini last. Aku tak nak buka a1b orang sebab bukan jenis macam itu. Tapi berpada-pada la… setakat DM cakap benda elok atau tanya baik-baik tak apa.

“Tak payah la buat benda macam ini… lelaki kot! Kalau lelaki hantar dekat perempuan, mungkin normal. Kau ingat aku ini apa!? Kau tak malu ke? Tak ada m4ruah diri?” kata Nafiz.

 

Aku bukan nak buka a1b tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara tak bagus ini.

NAFIZ MUAZ

PELAKON

Pelakon telefilem Terima Kasih Ibu itu mended4hkan perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Menerusi video berdurasi tujuh minit itu, Nafiz turut berkongsi paparan skrin mesej berbaur luc4h dan gambar b0gel daripada individu tersebut yang ditutup namanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk membuka a1b mana-mana pihak namun perbuatan individu tersebut sudah mel4mpau.

Nafiz nasihat terutama kepada kaum wanita supaya berhati-hati.

“Pada mulanya, aku tak nak war-warkan benda ini tapi bila aku dapat mesej ini… rasanya dah mel4mpau sangat. Sebelum ini ada saja lelaki yang hantar benda merepek tapi tak ada la tahap macam ini.

“Aku bukan nak buka a1b tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara tak bagus ini. Aku tahu, mungkin bukan aku seorang sahaja yang kena hadap benda ini dan mesti ramai lagi yang pernah kena.

“Nasihat aku, berhati-hati la… ramai orang gila yang bertuhankan nafsu sekarang ini. Terutama wanita di luar sana, jagalah diri. Lagi sekali aku terima mesej macam ini, aku akan dedahkan semua maklumat kau dekat semua orang,” ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Mel4mpau! Nafiz Muaz beri amaran terakhir, minta individu tak dikenali berhenti hantar foto luc4h – “Kau ingat aku ni apa… tiada m4ruah diri?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*