Terjawab Selepas Sebulan Msteri Ketok Pintu. Darussyifa’ Brsuara Dan Sepakat Mengatakn Ini Punca Sebenar

Bermula di Sabak Bernam bulan lepas, gangguan msteri yang mencetuskan rasa cemas dan ketakutan masyarakat kini jauh merentas negeri hingga ke Johor dan kini ke Pahang.

Tiada salam diberi sebagai isyarat kehadiran. Tiada nama yang dipanggil sebagai tanda ada yang mahu menziarahi. Cuma ketukan di pintu berulang kali dan gegaran jeriji besi yang kuat seumpama ada yang mahu memecah masuk.

Sehingga kini, tiada jawapan konkrit siapa dalang ketukan msteri itu. Timbul tanda tanya, jika itu perbuatan manusia di mana tandanya? Adakah itu modus operandi baharu perompak?

Enggan berspekulasi, wartawan Mingguan Malaysia, Alif Fadli Mohd. Sori dan Siti Athirah Dzulkifly dan jurufoto, Mohd. Faisol Mustapha bertemu Pengerusi Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam (Darussyifa’), Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Lajnah Penerangan dan Komunikasi, Abdul Razak Mahadi di Bangi pada Khamis lalu untuk mendapatkan jawapan dari sudut pandangan perubatan Islam.

MlNGGUAN MALAYSIA: Membuka bicara, pihak Darussyifa pasti dengar kes ketukan msteri yang menggemparkan negara? Mungkin ada pendapat umum mengenai gangguan msteri tersebut?

Bila kita bercakap soal gangguan seperti kejadian ketukan pintu tanpa sebarang tanda kehadiran sesiapa, pihak kami cenderung ada dua kemungkinan. Sama ada gangguan secara fizikal dan spiritual (mkhluk halus).

Darussyifa ada menerima laporan berhubung gngguan msteri ini?

Memang kami ada menerima laporan di cawangan Sabak Bernam sekitar November lalu berhubung gangguan msteri tersebut. Kami difahamkan tiada entiti yang dikenal pasti. Tiada tapak kaki atau kesan binatang yang mampu membuktikan kehadiran entiti hidup.

Apabila kami meneliti tiada entiti yang dirakam di kamera litar tertutup dan berdasarkan aduan penduduk kawasan terjejas, kami sepakat cenderung ini adalah satu bentuk gangguan mkhluk halus. Bukan kerja manusia.

Gangguan mkhluk halus dalam bentuk apa? Angin? Lembaga?

Bila bercakap soal jiin dan sya1tan, biarpun dianggap mkhluk halus yakni ghaib di mata namun mereka boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

Mereka boleh bertukar menjadi haiwan seperti ular, anjing hitam bahkan manusia sekalipun. Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan penduduk melihat bentuk mkhluk halus itu.

Adakah ini kejadian luar biasa Darussyifa pernah hadapi sepanjang penubuhan?

Kalau hendak cakap tentang ketuk-mengetuk, gegar-menggegar ini sudah banyak kali kami jumpa. Kejadian gngguan jiin dan sya1tan di kilang, bangunan hatta kediaman juga pernah.

Malah, kes sebegini pernah berlaku sekitar 1970-an apabila sebuah kampung di Perak digemparkan dengan kejadian sama. Namun, itu adalah jelmaan seorang lelaki yang baru meninggI. Seminggu selepas dia dikebvmikan, pintu-pintu di kampung tersebut diketuk. Tapi ada tinggal bau bsuk.

Berbeza pula dengan kejadian di alaf baru ini. Tiada kesan atau tanda kehadiran entiti. Cuma bunyi ketukan kuat dan gegaran di jeriji besi.

Kami sepakat yakin itu adalah gngguan jiin dan sya1tan.

Pasti ada pihak yang menyangkal pandangan Darussyifa. ‘Mana ada hantu?’ Itu mungkin penafian daripada segelintir masyarakat yang menolak kewujudan mkhluk halus.

Mkhluk halus itu wujud. Dia boleh kacau bilaukan orang. Hantu itu hanya istilah dalam kalangan manusia. Jiin dan sya1tan ada hidup dalam dunia ini. Kerja dia menimbulkan masalah. Masyarakat luar juga ada istilah tertentu yang merujuk kepada mkhluk halus dan sya1tan.

Dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Fathir ayat 6; Sesungguhnya sya1tan adalah mvsuh bagi kamu, maka jadikanlah dia mvsuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya menjadi penduduk ner4ka.

Ada mendakwa, gngguan msteri itu kerana seorang lelaki tersalah menuntut ilmu hit4m sehingga menjelma menjadi lembaga dan meminta tolong dengan menggnggu masyarakat?

Jangan mudah terpedaya dan percaya dengan dakwaan seperti itu. Memang kita tidak menolak kemungkinan itu. Tetapi kalau ‘dia’ adalah seorang manusia, pasti kita akan dapat kenal pasti.

Kita tahu siapa dia, nama dia dan rumah dia. Habis cerita. Tetapi sehingga sekarang tidak ada pengakuan atau penangkapan. Cerita seperti ini mungkin disebabkan tokok tambah daripada masyarakat.

Kalau nak cakap pasal kemungkinan, macam-macam cerita boleh direka.

Kita tak boleh menuduh atau mencipta jawapan. Apa yang kita yakin, ini adalah satu bentuk gngguan mkhluk halus atau jiin.

Adakah gngguan ini bertujuan memukau penduduk? Kalau benar ini pasti kerja manusia?

Gngguan msteri itu bukan bertujuan memukau penduduk. Jiin dan sya1tan ini hanya mahu menakut-nakutkan dan mengacau bilau kita. Itu memang kerja mereka. Menakutkan kita, buat rasa seram dan gentar dengan gngguan itu.

Bagaimana cara untuk kita merungkai permasalahan ini?

Kita kembali kepada Allah. Itu solusinya. Jiin dan sya1tan ini mkhluk yang lemah.

Apa yang penting dalam satu kariah, sama-sama dirikan solat hajat dan bacaan yasin bagi menghindar gngguan seperti itu.

Tetapi Alhamdulillah, kini mereka bebas daripada gngguan itu apabila mengamalkan bacaan yasin dan solat hajat bersama. Ini bukan kerja manusia. Jadi kita kena bersama minta bantuan Allah, hindarkan kita daripada gngguan mkhluk halus. Amalkan solat berjemaah dan bacaan yasin bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Terjawab Selepas Sebulan Msteri Ketok Pintu. Darussyifa’ Brsuara Dan Sepakat Mengatakn Ini Punca Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*