Cur4ng Depan Mata Suaminya Sendiri, Bukti Didedahkan

Kuala Lumpur: “Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya,” kata suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin mengenai keputusannya memfailkan perceeraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceeraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayvs.

“Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecvrangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayvs. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,” katanya.

Muizz berkata, dia turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu.

“Ramai yang tanyakan mengenai bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Namun, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka. Ada juga bukti dan keterangan lain daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap di situ selama dua malam.

“Sekiranya siasatan selesai, apa yang dilakukan lelaki ini adalah satu kesalahan jen4yah dan boleh ditvduh di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayaah,

“Saya tak faham ‘fiitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fiitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri,” katanya.

Menurut Muizz, dia kesal apabila isterinya masih cuba berselindung walaupun sudah mengakui kesilapannya.

“Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fiitnah?  Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mngsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahhat. Kenapa masih menegakkan benang basah?

” Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan m4ruah saya dan keluarga. Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicvrangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita. Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini , menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceeraian di mahkamah.

Perkara terbabit dikongsi Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dalam satu temu bual bersama program Melodi, kelmarin.

Terdahulu pelakon drama Titian Takdir itu memberitahu semua tudvhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fiitnah.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia did4kwa berlaku cvrang terhadapnya.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Nadia bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

sumber : hmetro/https://mediabawang.net/

Be the first to comment on "Cur4ng Depan Mata Suaminya Sendiri, Bukti Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*