Syarikat Pr0m0si Cermin Rumah M4mpu ‘Perlahankan’ Bunyi Azan Terima Krit1kan

Setiap kali masuknya waktu solat fardhu, azan akan berkumandang dari masjid-masjid dan surau bagi memberi peringatan kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipannya. Walaupun laungan azan itu jelas kedengaran namun, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai satu masalah.

Tetapi, satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan memasang cermin did4kwa mengambil kesempatan menjadikan azan sebagai salah satu bahan dalam strategi pemasaran dengan mempromosikan cermin kalis bunyi kononnya mampu ‘memperlahankan’ bunyi azan.

Alat kalis bunyi

 

Menerusi perkongsian di Facebook, syarikat tersebut menunjukkan testimoni penggunaan cermin kalis bunyi di sebuah rumah di Kuala Lumpur. Selepas cermin mereka dipasang, peratusan bunyi azan dikatakan berkurang selepas melakukan beberapa siri ujian menggunakan alat pengukur bunyi.

Posting tersebut bagaimanapun telah meraih kec4man daripada warganet yang mempersoalkan tindakan syarikat itu yang menggunakan azan sebagai testimoni bagi produk mereka. Malah ada yang menyeru semua umat Islam supaya memb0ikot syarikat yang tidak peka dengan isu agama.

Tampil mohon maaf

 

Kami nak anda tahu, kami dari…. ingin memohon maaf susulan penggunaan bunyi azan sebagai testimoni untuk produk kalis bunyi itu yang disiarkan di media sosial. Perkara tersebut seolah-olah tidak menghormati penganut agama Islam dan kami benar-benar menyesal. Syarikat kami juga, telah memadam posting terbabit dan akan membuat satu garis panduan sebelum mana-mana posting disiarkan. Tambahan pula, kami juga telah menerangkan kepada pekerja-pekerja yang lain akan sensitiviti berhubung isu yang telah terjadi.  Selain itu, kami nak anda tahu yang kami amat mengambil berat dengan apa yang terjadi dan meminta maaf sekali lagi kerana menggunakan bunyi azan sebagai testimoni . Kami cuba untuk memperbaiki pada masa akan datang dan sangat menghargai segala respon yang diberikan.

Susulan daripada itu, syarikat terbabit telah tampil mengeluarkan satu kenyataan media memohon maaf atas postingnya yang menjadikan bunyi azan sebagai testimoni kepada produk tingkap kalis bunyi yang dihasilkan.

Kenyataan media

 

Sumber: Facebook

Kredit: Ohbulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Be the first to comment on "Syarikat Pr0m0si Cermin Rumah M4mpu ‘Perlahankan’ Bunyi Azan Terima Krit1kan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*