“Bukan Somb0ng’ MUDIR TAHFIZ bagitahu sebab tolak lauk lebihan kenduri ke madrasah

Ya Allah, Sampai hati buat pelajar tahfiz macam ni  Kalau ye pun Nak buat amal jangan An1aya mcm ini ya..

Luahan dari seorang MUDIR TAHFIZ

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah.

Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu #membazir..tapi sebenarnya

ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau #masam dan #bvsuk dr lauk2 #basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu #buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah.

Dan inilah kami tanggung setiap kali.

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni.

Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah.

Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

Kredit: Ore Kelate

Sekolah Pondok Mohon Bantuan, 80 Pelajar Hanya Makan Nasi Kuah Air Kosong, Lauk Telur Goreng

Dalam perkembangan lain, Seramai 80 pelajar di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak hanya menikmati hidangan nasi putih berlauk telur goreng dengan air kosong sebagai menu hidangan mereka.

Menu tersebut terpaksa dihidangkan kepada mereka jika tiada lauk-lauk sumbangan orang ramai atau pihak pengurusan tidak mampu membelinya.

Walaupun menu itu tidak selalu dijadikan hidangan namun kesusahan dihadapi pelajar pusat tahfiz berusia 8 hingga 20 tahun itu menyentuh perasaan.

Menurut salah seorang pelajar di pusat tahfiz tersebut, selama belajar di situ dia pernah makan nasi bersama telur goreng berkuah air putih.

Namun begitu, dia tidak mengambil kisah lauk itu dihidangkan disebabkan tiada lauk lain serta pihak pengurusan tidak mampu menyediakan hidangan lain.

Apa yang menyedihkan pelajar juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan katil patah berlapik batu.

Ruang mengaji mereka turut tidak begitu sempurna kerana hanya menggunakan meja usang yang diperbuat daripada papan lapis dan kayu.

Bagi mereka kesusahan yang dihadapi merupakan ujian untuk terus belajar ilmu agama dan bergelar tahfiz.

Menurut salah seorang pelajar yang baru sahaja belajar hampir dua minggu di pusat tahfiz itu memberitahu dia seronok berada di pondok tersebut kerana mahu mencapai impian menjadi seorang penghafaz al-Quran.

Mudir pondok terbabit, Zakir Zakaria berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM10,000 setahun namun masih belum mencukupi.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan manakala RM100 diperlukan untuk belanja makan sehari.

Terdapat beras dan lauk kadang-kadang didermakan oleh orang ramai dan juga orang korporat.

Menurut mudir pondok tersebut, demi mendalami al-Quran dan mahu melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran, beliau sanggup menerima pelajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Pihaknya kenakan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk menampung belanja anak-anak di sini tetapi ramai yang tidak mampu dan miskin.

Katanya, beliau mengajar pelajar dewasa memasak mengikut giliran dan setakat ini mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Pondok berkenaan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu di atas tanah wakaf dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ramai.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Madrasah Darul Uluum (03-0900-1006-2594) menerusi Bank Islam.

Sumber : Sinar Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "“Bukan Somb0ng’ MUDIR TAHFIZ bagitahu sebab tolak lauk lebihan kenduri ke madrasah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*