[TERKINI] YDP Agong Isytihar Darurat di Dua Kawasan Ini,Sebab Mengapa Didedahkan

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini perkenan mengisytiharkan darnrat bagi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah. 

Menurut Berita Harian, perkara ini telah dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasminya berkata, pengisytiharan darurat ini membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik dan Bugaya dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

 

Terdahulu, PRK bagi Parlimen Gerik (P.054) dan Bugaya (N.66) telah dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2021.

Melihatkan keadaan situasi pandemik COVID 19 yang masih menular di negara ini, keputusan membatalkan kedua-dua pilihan raya itu dilihat yang terbaik demi mengelakkan faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: LM/http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "[TERKINI] YDP Agong Isytihar Darurat di Dua Kawasan Ini,Sebab Mengapa Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*