Kena Sound Dgn Hattan Pasal Lagu AJL35, Sekali Azmeer Bagi Ayat Pdas, ‘Janganlah Ingat Kami Bod#h Sangat’

” Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal.”

Itu kr1tikan pedas penyanyi terkenal Datuk Hattan terhadap pemilihan 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), semalam.

Menjawab kata-kata Hattan itu, Ketua Juri Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35), Azmeer tampil mempertahankan keputusan pihaknya.

Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd Azhar Abu Bakar, berkata, kesemua juri yang terlibat mempunyai kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam menilai sesebuah karya yang bertanding.

Malah Azmeer turut menolak kritiikan ramai yang menuduh semua barisan juri sudah tidak relevan dengan industri muzik terkini apabila mengetepikan lagu-lagu komposer baharu yang dikatakan lebih segar.

” Janganlah orang luar buat kenyataan seolah-olah kami bo-d0h sangat. Tak salah nak bagi komen tapi… bukannya kami tak tahu muzik.

” Kami hanya jalankan tugas dan masing-masing, kami ada pengalaman luas dalam bidang muzik.

” Muzik ini adalah sesuatu yang sangat subjektif dan kami menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

” Semua barisan juri yang mengadili tidaklah terlalu tua malah semuanya terbuka dan tahu dengan pelbagai genre muzik semasa.

Tiga lagu rap layak masuk ke AJL35

” Saya bagi contoh walaupun tiada rapper dalam kalangan juri, tapi anda boleh tengok ada tiga lagu rap yang layak masuk ke AJL35.

” Daripada situ boleh tahu yang kami para juri memang sangat terbuka dengan semua genre dan kalau lagu itu layak, memang akan ada tempat untuk mereka di final,” katanya kepada mStar.

Selain Azmeer, juri profesional yang mengadili SFMM35 terdiri daripada Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap dan Datuk Mokhzani Ismail.

Akui tidak dapat memuaskan hati semua pihak, Azmeer bagaimanapun berkata dia tetap menerima semua pandangan secara positif.

Malah dia juga mendedahkan pernah menolak untuk menduduki kerusi panas itu, namun pihak stesen TV tetap mahukan khidmatnya atas beberapa sebab.

” Kalau nak tahu sebenarnya saya tak nak jadi ketua juri, tapi TV3 tetap mahukan saya menggalas tanggungjawab itu sebab mereka kata saya tegas daripada segi penjurian.

” Saya hanya buat kerja sahaja, saya pun sama macam orang lain mencari rezeki,” katanya yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebelum ini, penyanyi Datuk Hattan meluahkan ketidakpuasan hati selepas lagu Sakit nyanyian Yonnyboii dan Sembah (Naim Danial) tidak tercalon sebagai finalis AJL35.

Menurut penyanyi tersebut, barisan juri sepatutnya perlu membuka minda untuk menerima sesebuah karya yang lebih baharu dan segar.

AJL35 menyaksikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Aishah, Semalam (Aina Abdul), Kau Sakiti (Amir Masdi), Hutang (Floor 88), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Eh (Zizi Kirana) dan Gundah (Ernie Zakri) bakal berentap.

Turut layak ialah lagu Gila (Kaka Azraff, Loca B, Noki), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Hati (Hael Husaini) dan Peluang Kedua (Hael Husaini).

AJL35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida mempersoalkan kredibiliti juri semasa Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) memilih 12 lagu terbaik yang layak bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Vida yang sebelum ini pernah menjadi penaja program nyanyian tersebut berkata ada antara lagu dipilih tidak memenuhi kriteria kerana tidak popular dan pemilihan hanya mengikut kehendak juri semata-mata.

“Keputusan lagu bertanding di AJL kita dah dapat… lagu yang sedap di mana kamu letakkan wahai juri. Lagu yang sedap juga-juta tontonan tak bawa ke AJL, lagu macam mana awak nak?

“Saya nak tahu bagaimana penjurian lagu-lagu ke AJL, saya sebagai mantan penaja nak tahu macam mana juri pilih lagu, apa benchmark (penanda aras) pemilihan?

“Kriteria lagu popular juga kena ambil kira, jangan sedap telinga awak saja, kena ada media sosial supaya dengar apa netizen nak supaya industri berkembang dengan karya lebih segar, ” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat baik menerusi Instagram.

Pada Selasa lalu, netizen mempertikaikan beberapa lagu yang layak bertanding di AJL35 dan mempersoalkan pemilihan juri yang dianggap tidak memenuhi kriteria lagu untuk dipertandingkan.

Sebelum itu, ketua juri SFMM35 iaitu Azmeer menjelaskan terdapat beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.

Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

 

Kesal dengan keputusan pada malam itu, Vida meminta juri menggunakan media sosial dan mendengar pandangan netizen itu.

Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa kerana stesen penyiar masih memilih juri yang sama untuk mengadili lagu-lagu tersebut.

“Saya rasa juri ini Instagram, YouTube pun tak ada, jangan pilih bulu, pilih kasih asyik muka itu je yang dapat.

“Lagu sedap tak masuk tapi yang sendu boleh, saya rasa juri ada masalah… old school, tak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap di telinga juri tapi viewer 5,000 orang saja.

“Juri muka sama, kesilapan sama setiap tahun… patut angkat lagu orang suka, ini kamu angkat yang kamu suka bukan peminat yang berjuta! Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok, ” ujarnya.

Bagi edisi kali ini, juri profesional adalah komposer Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Kena Sound Dgn Hattan Pasal Lagu AJL35, Sekali Azmeer Bagi Ayat Pdas, ‘Janganlah Ingat Kami Bod#h Sangat’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*