Kali Terakhir Jumpa 13 Tahun Lalu. Fazley Cerita Apa Yg Allahyrham Tun Rahah Buat Ketika Isterinya Bersalam

” Arwh adalah pendukung kuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) selama ini.”

Itu kata-kata Datuk Fazley Yaakob iaitu cucu menantu kepada Allahy4rhamah Tun Rahah Mohamad Noah.

Fazley berkata, mereka amat terkesan dengan pemergian wanita itu dan satu kehilangan besar buat keluarganya.

” Kehilangan ini bukan sekadar buat keluarga Datuk Seri Najib tetapi juga mencetuskan kesan mendalam terhadap sejarah negara.

” Arwh juga individu yang memberi sumbangan besar dalam kekuatan keluarga dan setiap anak dibesarkan dengan baik sehingga menjadi pemimpin korporat.

Arwh letakkan tangan di kepala ketika isteri bersalam cium tangan

” Kali terakhir kami bersua muka hanya pada awal perkahwinan saya dan isteri (Datin Azrene Soraya Abdul Aziz) kira-kira 13 tahun lalu.

” Ketika itu isteri sempat bersalam dan menc1um tangan arwh dan beliau meletakkan tangannya di kepala isteri,”

Fazley berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Beliau yang juga menantu Datin Seri Rosmah Mansor bersama isterinya tiba di masjid kira-kira jam 9 pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwh yang juga nenek Azrene.

Fazley dan Azrene iaitu anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu berkahwin pada 2007.

Pada May 2018, kisah pendedahan yang dibuat Azrene tentang hubungan dengan ibunya telah membongkar kisah yang ingin diketahui ramai.

Menurut Fazley ketikat itu, dia dan isteri tidak akan berputus asa untuk memulihkan hubungan mereka sekeluarga dengan ibu Azrene, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kata Fazley, sebagai menantu, apa yang paling diinginkan adalah untuk mereka sekeluarga menjalani kehidupan seperti keluarga lain.

” Saya tidak pernah putus memberi galakan kepada isteri agar terus mencuba memperbaiki hubungan mereka anak-beranak.

” Buat masa ini, hubungan dengan beliau masih tidak ada perubahan, tapi kami tidak akan berhenti mencuba dan berdoa.

” Sehingga kini, pendirian beliau nampaknya tidak berubah dan masih enggan membuka hatinya untuk Azrene.

” Tapi sebagai anak, walau apa pun yang berlaku, kami sentiasa doakan dia dipelihara Allah dan tenang menjalani hari-hari mendatang,” kata Fazley ketika dihubungi Astr0AWANI pada May 2018.

Dalam pada itu suasana suram di Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, apabila lebih 200 ahli keluarga, ahli politik dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahy4rhamah Tun Rahah Mohamad Noah.

Turut kelihatan hadir memberi penghormatan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Orang ramai yang menyanjungi jasa dan sumbangan Tun Rahah kepada negara mula beratur di pekarangan masjid seawal 8 pagi sebelum dibenarkan masuk.

Jnzah Allahy4rhamah dibawa ke Masjid Ar-Rahah dari rumah beliau di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, kira-kira 7 pagi tadi sebelum dimandi dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jnzah dijangka dibawa ke Makam Pahlawan, Masjid Negara untuk dikebvmikan selepas solat Zohor hari ini.

Tun Rahah, 87, sebelum ini mendapat raw4tan di Pusat Perub4tan Prince Court dan disahkan men1nggI dnia 4.45 petang semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Kali Terakhir Jumpa 13 Tahun Lalu. Fazley Cerita Apa Yg Allahyrham Tun Rahah Buat Ketika Isterinya Bersalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*