Pelajar kuyup dalam kereta sendiri, air bertakung gara-gara bumbung berlubang

“SAYA keluar pasar raya, tengok bumbung kereta dah berlubang.”

Begitulah apa yang dialami Alif Dinie Azlan, 19, susulan video keretanya yang dimasuki air tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 10 saat yang dimuatnaik pada Selasa lalu itu menunjukkan situasi cemasnya apabila kereta yang dinaiki ‘banjir’ dengan air hujan.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Alif yang tinggal bersama dua rakan pergi ke pasar raya yang terletak di kawasan perumahannya.

“Saya pergi pasar raya sebab nak beli barang keperluan, dekat je jarak rumah dengan kedai. Bila nak masuk kereta balik, tengok bumbung dah berlubang dan cermin retak.

“Saya letak kereta di hadapan sebuah apartment, saya tengok masa tu ada sebuah batu yang warnanya sama dengan bangunan 30 tingkat tersebut.

“Batu sebesar botol minyak masak saiznya, bila jatuh atas kereta tu terus berlubang,” ujar Alif yang tinggal di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor.

Batu sebesar botol minyak itu jatuh dari sebuah apartment menyebabkan bumbung kereta Alif berlubang.

Tambah Alif, ketika kejadian bumbung kereta bocor kira-kira jam 5.30 petang itu, hujan turun dengan sangat lebat.

“Petang tu hujan lebat sampai ada beberapa kawasan sekitar perumahan kami dinaiki air.

“Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, memang basah kuyup dan air bertakung dalam kereta.

“Tempat letak air tin tu pun bertakung dengan air. Keesokan harinya saya jemur kereta untuk biarkannya kering,” ujar Alif yang memberitahu itu merupakan pengalaman pertamanya menghadapi situasi seperti itu.

 

Saya tak salahkan sesiapa, mungkin juga disebabkan bencana alam, sebab petang tu angin sangat kuat dan hujan lebat.

ALIF DINIE AZLAN

PELAJAR

Ketika ditanya mengenai keadaan terkini kenderaan milik arw4h bapanya itu, Alif memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis untuk membuat tuntutan insurans.

“Saya tak salahkan sesiapa, mungkin juga disebabkan bencana alam, sebab petang tu angin sangat kuat dan hujan lebat.

“Kos nak baiki ni semua lebih kurang RM10,000 juga. Cermin retak, bumbung berlubang dan juga bahagian dalam kereta juga ada yang rosak,” jelas Alif yang merupakan penuntut di Kolej Universiti KDU dalam jurusan perniagaan.

Alif merupakan penuntut jurusan perniagaan di Kolej Universiti KDU.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh rakannya menggunakan akaun @PelayarHighway itu sehingga kini mendapat 203,500 tontonan serta 13,200 retweet (ulang kicau).

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut yang disifatkan sebagai perkara yang jarang berlaku.

“Ni kereta ke Titanic?” tanya seorang pengguna Twitter.

“Lepas ni tampal pakai maggi. Dapat jimat bajet,” tambah netizen lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pelajar kuyup dalam kereta sendiri, air bertakung gara-gara bumbung berlubang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*