Mat motor lalu sebelah cyclist, tapi tindakan dia buat ramai geli hati

SEJAK kebelakangan ini tular di media sosial yang mana warganet heboh memperkatakan sikap segelintir penunggang basikal yang dilihat mementingkan diri sendiri dan tidak hormat pada pengguna jalan raya yang lain.

Mana tidaknya, satu demi satu isu timbul yang menyebabkan nama cyclist lain turut terpalik menerima tempiasnya.

Selain menunggang basikal secara melulu dan merbahaya, golongan mereka juga dilihat tidak peka dengan persekitaran yang mana mereka sanggup bergadai nyawa dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain semata-mata untuk merakam sekeping gambar dengan memanjat bulatan Almina yang terletak di Shah Alam.

Perbuatan itu pastinya cukup mampu untuk mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan lebih malang lagi ia mampu menjadi penyebab berlakunya kemalangan.

Malah kini setiap hujung minggu ada sahaja kemalangan dilaporkan melibatkan penunggang basikal menyebabkan cyclist yang lain diminta untuk lebih berhati-hati.

Ada juga yang ‘buat perangai’ apabila tular sekeping gambar seorang wanita menunggang bersama anak kecil yang digendong di belakang badan dengan keadaan yang sangat bahaya. Macam-macam hal!

Kini, masyarakat juga dilihat makin jemu dengan golongan yang tidak ‘faham bahasa’ itu sehingga ada yang sudah hilang hormat.

Buktinya, sebuah lagi video tular yang mana seorang penunggang motosikal dilihat mengejek apabila bertembung dengan sekumpulan penunggang basikal yang sedang membuat kayuhan di atas jalan raya.

Video tular itu sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang menaiki kereta sedang menyaksikan penunggang motosikal berkeaan menyindir cyclist tersebut dan membuat aksi mengayuh dengan motosikalnya.

Tindakan bersahaja penunggang motorsikal itu membuatkan individu yang merakam aksi tersebut pecah perut ketawa dan warganet turut terhibur.

Rakaman tersebut mulanya dimuat naik di TikTok kini tular pula di Twitter dan juga Facebook malahan di aplikasi Whatsapp kumpulan juga turut tersebar meluas dan menjadi perbincangan hangat pelbagai pihak.

Kejadian itu dipercayai berlaku dua minggu lalu yang mana setiap hujung minggu kawasan-kawasan tumpuan kini akan dibanjiri dengan penunggang-pengunggang basikal yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ini.

Terdapat juga golongan yang tidak senang melihat rakaman video tular tersebut yang menyifatkan aksi penunggang motosikal itu sebagai perbuatan yang tidak patut dan biadap!

Namun, apa pun pandangan mereka, masing-masing ada hak untuk menilai dengan apa yang dilihat. Korang pula macam mana?

Trek Butterfly Madone Basikal Paling Mahal Di Dunia  – RM1.93 juta

Beberapa bulan selepas tamatnya perlumbaan Tour de France tahun 2009, basikal Trek Madone ini yang ditunggang oleh Lance Armstrong pada perlumbaan akhir di Paris ini telah dijual oleh Sotheby untuk acara bertujuan membantu mengumpulkan dana kanser.

Ia direka bentuk oleh artis Inggeris, Damien Hirst dengan menggunakan beratus-ratus sayap rama-rama menyaluti bingkai basikal yang diperbuat daripada serat karbon.

trek butterfly madone basikal paling mahal di dunia 274

Namun orang dari Ethical Treament of Animals menggelarkan basikal ini sebagai “keganasan yang dahsyat”.

Walaupun begitu, basikal Trek Butterfly ini dijual dengan harga RM1.93 juta menjadikannya sebagai basikal paling mahal atas muka bumi.

Basikal adalah salah satu medium pengangkutan yang sangat penting pada masa dahulu. Walaupun ia kini masih digunakan dengan tujuan itu, namun ia lebih digunakan untuk tujuan lain seperti beriadah dan bersukan.

Tidak seperti kereta dan kenderaan berenjin yang lain, basikal biasanya beroperasi menggunakan mekanisma yang agak ringkas membuatkan harganya menjadi lebih murah. Namun terdapat beberapa jenis basikal yang dijual dengan harga yang mampu membeli kereta mewah seperti Ferrari dan Bentley.

Namun begitu, memilik basikal yang mahal  bukan lah lesen untuk penunggang membawa basikal sesuka hati sehingga membah4hayakn pengguna jalan raya yang lain

Sumber: Sinar Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Mat motor lalu sebelah cyclist, tapi tindakan dia buat ramai geli hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*