[TERKINI] Bekas Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor Didapati Bersalah Kes R4suah RM2 Juta

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini telah didapati bersalah atas pertuduhan menerima r4suah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan. 

Menurut Berita Harian, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan berikut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapati bekas Menteri Tengku Adnan Tengku Mansor bersalah kes r4suah RM2 juta. pic.twitter.com/8iorxQIa8H

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 21, 2020

Tengku Adnan telah dituduh melakukan kesalahan tersebut di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 dan didakwa mengikut Sksyen 165 Kanun Kesksaan yang boleh dihkum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes Ahli Parlimen Putrajaya itu telah bermula pada 2 Julai tahun lalu dengan pihak pendakwaan memanggil 23 orang saksi untuk beri keterangan.

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil ialah dua bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Pengarah AKSB, Tan Sri Chai Kin Kong.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://lobakmerah.com/

Be the first to comment on "[TERKINI] Bekas Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor Didapati Bersalah Kes R4suah RM2 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*