Wakafkan Van Jen4zah, Hafiz Mahamad Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Sahabat Baik

Nama usahawan muda, Hafiz Mahamad mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi selepas banyak kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.

Sebelum ini, Hafiz ada memuat naik satu video menunjukkan beliau bergegas ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya yang jatuh sakit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Namun kini dikhabarkan sahabatnya yang bernama Loh telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember.

Disebabkan itu, Hafiz sekali lagi telah bergegas ke Kelantan bagi melawat jen4zah sabahat baiknya itu dan seperti biasa Hafiz turut kongsikan video perjalanannya ke sana.

 

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, beliau berasa bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jen4zah diadakan.

Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jen4zah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jen4zah sahabat saya Loh.”

Ramai netizen turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dalam masa yang sama mendoakan Allahy4rham di sana.

Semoga Hafiz terus kuat menjalani hidup tanpa sahabat baiknya dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Sumber video: Instagram Hafiz Mahamad

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment on "Wakafkan Van Jen4zah, Hafiz Mahamad Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Sahabat Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*