Isu Kartel Daging Har4m, JAKIM Minta Orang Ramai Hormati Proses Si4tasan

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terbongkarnya kegi4tan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat beragama Islam di negara ini.

Malah, banyak tom4han dan pihak cuba dipersalahkan dalam isu ini.

Terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampiil menasihatkan semua pihak agar tidak memberi ulasan dan pandangan berkaitan isu daging seludup kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti kes.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, ketika ini kes masih dalam si4satan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Semua pihak diminta supaya menghormati proses tindakan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Perkara ini secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan boleh menjejaskan pengimport serta pengusaha industri daging negara yang telah mendapat pengesahan halal yang sah.

“Sebarang komentar yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh boleh menyebabkan timbulnya isu lain yang dikhuatiri menjejaskan kepercayaan terhadap pensijilan halal Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Tambah, Abdul Aziz, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu penyeludupan daging dan penyalahgunaan kuasa hendaklah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada abatoir atau loji pemprosesan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jakim.

“Daging dan produk daging yang diimport masuk perlu pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Isu Kartel Daging Har4m, JAKIM Minta Orang Ramai Hormati Proses Si4tasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*