Sungguhpun ajal maut adalah lumrah dalam kehidupan, namun sudah pasti tiada siapa yang bersedia untuk menempuh hari tersebut, apatah lagi kalau yang pergi itu adalah ibu dan bapa sendiri.
Perasaan itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun sebab dah naluri manusia dijadikan begitu.
Sama juga buat bekas Perdana Menteri keenam negara, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kepergian ibundanya.
“Jarang dilihat senyuman lebar”
Kepergian Allahy4rhamah Tun Rahah dilihat meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali buat anakandanya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Datuk Seri Najib di akaun Instagramnya, beliau dilihat berkongsikan gambar lamanya bersama Tun Rahah serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Gambar tersebut dipercayai dijumpai ketika beliau sedang mengemas rumah arw4h ibundanya, malah DS Seri Najib turut memuat naik caption yang membuat ramai tersentuh hati.
Makin banyak saya kemas, makin sedih saya.
Terlalu banyak kenangan bersama arw4h bonda.
View this post on Instagram
Selain gambar tersebut Datuk Seri Najib juga berkongsi gambar sewaktu mudanya yang dipercayai disimpan oleh Allahy4rhamah Tun Rahah.
Gambar tersebut dikatakan disimpan di dalam album milik bondanya.
View this post on Instagram
“Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman”
Melihat perkongsian Datuk Seri Najib, rata-rata netizen sempat menitip doa serta pesanan buat beliau.
Terdahulu Tun Rahah disahkan men1nggal dunia Jumaat lalu di Pusat Perub4tan Prince Court dan jen4zahnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Semoga dipermudahkan urusan buat Datuk Seri Najib sekeluarga, dan janganlah pula dilibatkan mengenai politik pada masa yang sukar ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia
Sumber : Lobak Merah
Be the first to comment on "“Makin banyak saya kemas, makin sedih saya” – Kongsi Gambar Di Instagram, DS Najib Luah Rindu Pada Arw4h Tun Rahah"