Niat Nak Backup Kamal & Uqasha, Sekali Kena Kec4m Sampai Kena Ser4ng

Pengarah, penerbit dan pelakon popular, Michael Ang menerima kritikan netizen selepas memberi komen mengenai lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Michael yang berpendapat lamaran tersebut sebagai ‘sweet’ dan tidak wajar dijadikan isu, dianggap tidak sependapat dengan teguran serta nasihat diberikan PU Rahmat sebelum ini.

Menerusi sebuah video di Instagram (IG)nya, Michael mengakui menerima mesej peribadi daripada netizen seolah-olah menyalahkan dirinya selepas Kamal melamar Uqasha secara terbuka di pentas Anugerah Meletop Era (AME), Ahad lalu.

“Netizen-netizen ni yang korang hantar aku DM lepas tu ‘carut’ aku kononnya berkawan dengan Cina buat perangai bukan-bukan.

“Kenapa pula aku yang kena? Tak kisahlah kalau korang rasa aku ‘defend’ Kamal dan Uqasha tu sebab dia geng aku ke…aku tak kisah.

“Tapi memang aku rasa PU-PU ni memang suka tumpang glamor,” kata Michael.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

 

 

 

Luahan tersebut kemudiannya menjadi perbahasan di antara netizen yang kurang bersetuju dan yang menyokong Michael.

Rata-rata netizen yang tidak bersetuju berpendapat Michael tidak layak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Namun yang menyokong pula sependapat tentang sesetengah pendakwah yang lahir dari program realiti kebanyakannya seperti suka menangguk di air yang keruh.

By the way gais, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Niat Nak Backup Kamal & Uqasha, Sekali Kena Kec4m Sampai Kena Ser4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*