Scha Elinnea tayang t4tu pula

Kuala Lumpur: Pelakon, Scha Elinnea sering menjadi perhatian gara-gara penampilannya yang s3ksi.

Terbaharu, pelakon drama Voice Note itu sekali lagi ‘menghangatkan’ warganet di Instagram apabila muat naik gambar memaparkan dirinya mempunyai t4tu di bahagian badan.

Scha ketika dihubungi berkata, t4tu itu adalah tatu palsu yang dibeli dalam talian.

“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah t4tu pun.

“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Selain komen yang mempersoalkan tindakan Scha itu, sebaliknya kebanyakan peminat memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Hantaran itu mendapat lebih 16,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Dalam perkembangan lain, Scha terbabit dalam penggambaran drama Sitiktok dan Hatimu Sedingin Salju selain bakal muncul dalam drama Perempuan Tanpa Dosa unuk tayangan TV3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : www.hmetro.com.my/

Be the first to comment on "Scha Elinnea tayang t4tu pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*