[VIDEO] Ikhlas Sponsor Baju Bridemaid 8 Orang, Majlis Dah Dekat BFF Cancel Plan

Kewujudan bridemaid pada majlis perkahwinan masa kini seolah-olah dah menjadi satu ‘kewajiban’ biasa. Selain ahli keluarga, individu yang sering diajak untuk menjadi pendamping mempelai ini semestinya kawan baik mereka sendiri. Demi mendapatkan gambar yang cantik, pengantin juga sanggup menaja baju sedondon sekali gus menambahkan kemeriahan pada hari bahagia tersebut. Namun bagi gadis ini, perancangan yang sudah dibuat akhirnya bertukar kecewa.

Sponsor baju ajak 8 orang kawan jadi bridemaids…tiba-tiba cancel last minute

Menerusi akaun TikTok donayantiii, pada 24 November lalu dia sudah memberikan satu kotak persiapan kepada 8 orang rakan baiknya untuk ‘melamar’ mereka semua menjadi bridemaid. Begitu teruja dengan ajakan tersebut, masing-masing ligat memuat naik ig story sambil mengucapkan terima kasih dan meluahkan rasa tidak sabar menanti hari persandingan. Malang sekali, 4 orang daripada mereka tiba-tiba membatalkan perancangan tersebut walhal majlis pernikahan sudah hampir tiba.

VIDEO :

Padahal aku selalu bantu kalau bila mereka susah

Apa yang pasti, Donna Yantiii merasa sangat terkilan kerana sepanjang bersahabat dia sentiasa ada buat kawan-kawannya andai mereka mahukan bantuan atau berhadapan masalah. Sudah menyimpan harapan agar dapat berkumpul dengan baju sedondon nanti, bakal penganti tersebut mengakui hal ini begitu menyakitkan meskipun nampak seperti remeh.

Sumber : TikTok Donna Yantiii

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Ikhlas Sponsor Baju Bridemaid 8 Orang, Majlis Dah Dekat BFF Cancel Plan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*