PU Syed Minta Awal Ashaari & Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa Claus

Pendakwah bebas, PU Syed menegur tindakan segelintir artis dan individu berpengaruh yang memuat naik gambar meraikan sambutan Hari Natal baru-baru ini.
 
Jelas PU Syed, pemakaian topi Santa Claus atau perhiasan yang berkaitan Hari Natal tidak dibenarkan.
 
“Pemakaian topi Santa Claus atau perhiasan dan pakaian yang berkaitan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.
 
“Tidak ada keperluan untuk memakai kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap pakaian itu.
 
“Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itupun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka,” tulisnya di Instagram.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED MOHD BAKRI BIN SYED ISHAK (@_pusyed)

 
PU Syed tampil bersuara setelah diasak netizen mengenai hukum golongan selebriti dan individu kenamaan yang memakai topi Santa Claus dan berkongsi di media sosial baru-baru ini.
 
Dalam entri sama, PU Syed turut memetik beberapa nama selebriti termasuk Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
 
Pesan PU Syed lagi;”Semoga dapat dipadamkan gambar-gambar kalian dengan memakai topi Santa Claus itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "PU Syed Minta Awal Ashaari & Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa Claus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*