“Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup” – Tweet tunang arw4h Naim Hariri buat netizen seb4k

“I love you my dear Lillahita’ala. Kau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, beri jalan buat kami ya Allah. Hanya kepada-Mu aku berserah. My dear dah janji nak jaga sayang, baliklah dear”

Demikian ciapan penuh meruntun hati yang dikongsikan Fatin Nabila Huda Ismail di Twitter, sehari selepas tunangnya, Allahy4rham Naim Hariri Kamaruddin hilang selepas mandi di Pantai Kelulut, Marang, pada Jumaat.

Rata-rata pengguna Twitter turut sama menzahirkan rasa sedih dan simpati mereka di atas tr4gedi yang menimpa tunang wanita itu.

Malah mereka juga mendoakan supaya wanita itu dan ahli keluarga m4ngsa tabah dengan berita dvka yang berkenaan.

Allahy4rham Naim, 31, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama Fatin Nabila yang dijadualkan pada Sabtu.

Allahy4rham dikatakan mandi di Pantai Kelulut sebelum ditarik ombak kira-kira jam 6.40 petang Jumaat.

Mayat Allahy4rham ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang jam 8.55 pagi Ahad, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Dalam ciapan terbaharu, Fatin Nabila turut meluahkan rasa sedih dengan berita pemergian bakal suaminya itu, namun dalam masa yang sama menyatakan dia reda dengan ketentuan takdir Ilahi.

“Lapangkan hati ini Ya Allah untuk reda dengan ujian-Mu, dear dah selamat di sana, syahid men1nggalkan dunia. Ramai doakan dear. Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup.

“Semoga nanti sayang juga meninggal dengan husnul khotimah. Pengakhiran yang baik seperti dear. Allah sayang kita berdua, Allah sayang semua.

“Terima kasih atas doa dan ucapan dari semua, saya tak mampu nak balas satu-satu. Semoga Allah juga menjaga kita semua, agar hati tetap padanya. Ampunkan khilaf kami berdua,” tulisnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup” – Tweet tunang arw4h Naim Hariri buat netizen seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*