Selepas KWSP, 2 Pemuda Ini Menari Depan Hospital Sungai Buloh Pula! Apa Hal?

Tindakan dua pemuda yang menari di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru menarik perhatian ramai.
 
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas diminta oleh pengikut TikTok mereka berikutan isu KWSP yang membuatkan ramai masih menanti hak masing-masing.
 
Cabaran tersebut disambut baik oleh kedua-dua lelaki berkenaan sebelum mereka menari di depan bangunan tersebut beberapa hari lalu.
 
Video tersebut menjadi viral dan sehingga kini ia telah ditonton sebanyak 799,000 kali.
Namun, terbaru dua pemuda tersebut sekali lagi mencvri tumpan netizen apabila memilih Hospital Sungai Buloh sebagai lokasi baru.
 
Menurut mereka, tarian itu ditujukan khas untuk petugas barisan hadapan yang selama ini bertungkus lumus memastikan keselamatan Malaysia.
 
“Ini untuk semua frontliner,” katanya menerusi satu posting di Tik Tok.
Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 35,000 kali.
 
Anda boleh lihat beberapa video mereka di bawah. @budakmamaks

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Selepas KWSP, 2 Pemuda Ini Menari Depan Hospital Sungai Buloh Pula! Apa Hal?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*