Syed Saddiq Baru Je Buat #BotakChallenge, Sekali TMJ Cakap Tak Payah Nak Berlakon

Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai status laman Insta Story yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Johor,Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim.

Perli Syed Saddiq?

Dalam status tersebut yang turut berkongsi sebuah foto cek pemberian baginda, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dikatakan seolah-olah memerli Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas ahli parlimen Muar itu bernazar ingin membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000.

Berhenti Gunakan Penduduk Muar

Menerusi kenyataan itu, TMJ berharap individu yang dimaksudkannya itu tidak lagi menggunakan penduduk Muar untuk kepentingan peribadi selain menghentikan penipuan termasuklah membatalkan niat untuk botakkan kepala.

Terdahulu, Syed Saddiq menyatakan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

“Sabtu lepas, saya telah mulakan #BotakChallenge untuk raih dana kepada pelajar Muar dari keluarga susah.

Sasaran saya: RM200,000 untuk biaya 100 laptop.

Progres setakat ini: Kita berjaya raih RM61,410.00 dalam tempoh 24 jam yang pertama!

Kalau kita capai sasaran, saya akan botak!” tulis Syed SaddiqMenurut Syed Saddiq lagi,dalam masa 48 jam++, mereka  dah berjaya raih RM144,760.00

 

“Rakyat Malaysia memang awesome! Lepas Live Memasak tadi, ramai lagi yang tanya saya dan nak tolong. Thank you guys! Terharu saya. Memang tak ada hal nak botak kalau sokongan padu begini” tulis Syed Safddiq

 

TMJ sifatkan Presiden Parti Muda, Syed Saddiq sebagai ‘Cucu U-lar’

Sebelum ini mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah menerima kunjungan Presiden ‘Parti Muda’ Syed Saddiq dan rakan – rakannya dirumah beliau di Langgak Duta.

Walaupun beliau sering menjadi bahan kritikan dan hinaan oleh Syed Saddiq namun atas kematangan politik yang ada pada DSN beliau tetap menerima baik tetamu yang datang. Dalam pertemuaan tersebut mereka bertukar tukar pandangan – dan idea mengenai politik dan ekonomi negara.

Antara isu yang menjadi teras perbincangan adalah mengenai Belanjawan 2021 yang akan diundi di Dewan Rakyat hari ini.

Selesai daripada pertermuaan tersebut, DSN telah memuat naik satu foto bersama Syed Saddiq dihadapan rumah beliau dilaman Instagram beliau

Foto berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji kematangan politik DSN. Apa yang mengejutkan foto berkenaan juga telah mendapat perhatian dan dikomen oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim.

Dalam komen tersebut TMJ memanggil Presiden Parti Muda tersebut sebagai ‘Cucu Ular, Opportunist & Muka Tak Boleh Percaya’.

Umum mengetahui bahawa hubungan diantara kedua tokoh ini agak tegang dan kritikal antara satu sama lain berhubung beberapa isu politik dan isu yang melibatkan pentadbiran negara.

Sehingga berita ini ditulis positng berkenaan telah mendapat 39 ribu like oleh pengguna instagram.

Sehingga kini, Syed Saddiq masih belum memberikan komen dan maklumbalas berkenaan komen tersebut

Dilahirkan pada 6 Disember 1992, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun.

 

Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini suatu ketika dahulu pernah menjadi bualan netizen apabila dia menolak tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, UK untuk fokus dalam bidang politik.

Siapa sebenarnya Syed Saddiq ni?

Pemuda ini pernah mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali suatu ketika dahulu.

Banyak pengalaman manis yang di kecapi sepanjang menceburi bidang pendebatan. Oleh kerana kelantangan suaranya, Syed Saddiq pernah dilarang untuk membuat perkongsian di empat buah universiti Malaysia.

Sebelum ini lagi, beliau sudah mendapat perhatian umum dengan statusnya yang sering mempersoalkan dan mengkritik beberapa pihak tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara kasar rasanya semua orang mengenali anak muda ini kerana kelantangannya bersuara. Tapi, di sebalik personaliti pemuda ini, ada 6 perkara yang mungkin korang tak pernah tahu tentang dirinya.

1. Enam tahun yang lalu, beliau merupakan seorang yang sangat berbeza daripada dirinya hari ini. Boleh berbahasa Inggeris tetapi tidaklah pandai mana. Syed Saddiq tidak pernah dapat A dalam subjek Bahasa Inggeris walaupun kertas ujian bahasa ini tidaklah terlalu sukar.

Ilmunya juga tidak setinggi mana. Dia pernah menganggap Africa adalah negara dan Mesir merupakan sebuah benua. Pernah menyebut recipe sebagai ‘reh-sip’.

2. Tidak malu untuk mengaku bahawa beliau seorang ‘anak emak’. Ibunya seorang guru dan beliau juga pernah membantu ibunya mengajar tuisyen. Pada masa yang sama dapat mendidiknya menjadi seorang yang tegas.

3. Pada suatu ketika dahulu, Syed Saddiq seorang yang racist dan bersifat perkauman sehingga menganggap orang yang tidak solat akan dibakar di neraka dan dirinya hanya bergaul dengan orang Islam saja.

Ada yang mengatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sifat ‘racist’ dan tidak boleh berubah, korang silap. Syed Saddiq adalah antara mereka yang dulunya bersikap perkauman tetapi telah berjaya berubah.

4. Beliau berpendapat bahawa titik perubahan di Malaysia bukanlah melalui military tetapi politik. Baginya, jika ingin mengubah nasib negara, beliau harus mengambil bahagian dalam politik.

Tidak semestinya menjadi seorang ahli politik, tetapi beliau boleh menjadi aktivis dengan menghadirkan diri dalam setiap wacana politik.

5. Syed Saddiq berpegang pada kata-kata ibunya yang mana jika ada apa-apa yang berlaku pada dirinya, orang pertama yang berada di barisan hadapan untuk menyokongnya adalah ibunya sendiri.

Ibunya juga turut memberitahu, beliau tidak memerlukan sokongan Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng atau Rafizi Ramli sekali pun. Syed Saddiq percaya beliau hanya perlukan sokongan daripada ibu tercinta kerana menganggap ibu adalah seorang wanita hebat.

6. Syed Saddiq juga berpendapat bahawa semua mempunyai matlamat yang sama iaitu menyelamatkan Malaysia melalui rasa cinta dan nasionalisme. Bukan hanya mengenai Mahathir, bukan saja tentang perkara itu dan ini tetapi ia adalah mengenai semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang tanpa mengira ideologi dan agama mereka.

Baru berusia 26 tahun, nama Syed Saddiq sudah hangat diperkatakan dalam dunia politik. REMAJA doakan agar perjuangan anak muda ini tidak berhenti disini dan terus membela nasib golongan belia untuk masa hadapan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : murai.my/http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Syed Saddiq Baru Je Buat #BotakChallenge, Sekali TMJ Cakap Tak Payah Nak Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*