Anak orang lain mungkin nak jadi superhero kalau menghadiri apa-apa majlis yang bertemakan costume party, tapi tidak bagi anak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syeriv Samheizy.
Syeriv yang baru berusia 3 tahun itu nampaknya memilih untuk menjadi karakter badut Pennywise dalam filem seram berjudul IT.
Sebab mengapa Syeriv berpakaian seperti badut itu ialah bersempena dengan sambutan hari lahir anak kepada Datin Sri Zizie Izette iaitu sepupunya sendiri.
Menurut Syatilla, Syeriv memang menyukai watak Pennywise dan beberapa hari sebelum sambutan hari lahir itu diadakan, Syeriv sudah berlatih untuk membuat mimik muka bagi menghayati watak tersebut.
View this post on Instagram
Ramai yang berasa terhibur melihat keletah Syeriv dan tidak menyangka si kecil itu mempunyai bakat terpendam menjadi pelakon seperti kedua ibu bapanya.
Pujian tetap diberikan kepada Syeriv kerana masih kelihatan comel walaupun membawa watak menyeramkan.
Apa la agaknya karakter yang Syeriv akan bawak selepas ini ya? Risau juga…
Sumber foto: Instagram Syatilla Melvin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia
Sumber : Hot fm
Be the first to comment on "“Kalau Comel Macam Ni Tak Takut Pun!” Syeriv Samheizy Buat Hal Jadi Badut Seram"