Lama diamkan diri, Neelofa mula jawab soalan di Twitter

KUALA LUMPUR: Empat hari selepas memberi penjelasan berhubung kontroversi hubungan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail, 25, atau PU Riz, Neelofa, 31, memberi peluang kepada pengikut untuk bertanya apa sahaja soalan melalui Twitter, tengah hari tadi.

Status dilayangkan Neelofa yang meminta peminat mengemukakan apa sahaja soalan kepadanya melalui Twitter, tengah hari tadi. Foto Twitter Neelofa

Status dilayangkan Neelofa yang meminta peminat mengemukakan apa sahaja soalan kepadanya melalui Twitter, tengah hari tadi. Foto Twitter Neelofa

Kira-kira empat jam lalu, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor melayangkan entri berbunyi:

“Tanyalah saya apa-apa pun, sebarang soalan. Saya akan pilih satu dan jawab dengan paling jujur,” katanya.

Semakan BH Online sehingga petang ini, Neelofa menjawab dua soalan.

Ditanya seorang pengikut bagaimana dia membiasakan diri atau selesa apabila membaca hantaran atau kandungan negatif mengenai dirinya, Neelofa berkata:

“Sejujurnya, hampir setiap masa, saya akan ketawa sahaja kalau melalui situasi itu.

“Tidak ambil hati pun kerana tidak betul dan kenapa perlu terasa. Kemudian, seterusnya, kita ‘move on’,” balasnya.

Bekas pengacara program Meletop itu juga memberi jawapan kumpulan Ateez kepada soalan artis K-pop baharu yang diminati.

Pengikut juga perasan Neelofa mengajuk lagu nyanyian Ariana Grande berjudul Thank You Next kepada komen penyanyi dan komposer, Hael Husaini yang mengucapkan terima kasih kepadanya, tanda mereka meminta kumpulan sama.

Sementara itu, sehingga hari ini, PU Riz tidak memberi reaksi terhadap kontroversi hubungan dengan Neelofa.

Semalam, PU Riz atau nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail, berkongsi sebaris ayat yang dimuat naik dalam InstaStory.

Dalam perkongsian itu, dia memuat naik foto dan sepotong ayat dalam Bahasa Arab bermaksud sentiasa yakin dengan setiap perkara yang diatur Tuhan.

“Ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segala-galanya suatu hari nanti, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan,” kongsinya.

Usaha BH Online menghubungi PU Riz juga tidak berhasil.

Neelofa ada mas4lah personaliti narsistik

PETALING JAYA – Tular dalam laman sosial hari ini tentang kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Putera Nur Muhammad Raihan selepas mendakwa selebriti popular, Neelofa sebenarnya mempunyai gejala m3ntal yang dipanggil narsistik atau Narcissistic Personality Dis0rder (NPD).

Menerusi penulisan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia gemar membuat kajian tentang sifat psikologi seseorang dan mengaku telah menjalankan berpuluh-puluh kajian tentang Neelofa.

“Aku dah sampai pada titik pencarian kajian tentang psikologi seseorang yang aku minat iaitu Neelofa.

“Aku suka karakter Neelofa dan siapa kenal aku, aku suka menulis tentang psikologi manusia,” katanya.

Dalam kajian tersebut, lelaki terbabit memberitahu tahap NPD selebriti tersebut berada pada ‘aras tinggi’ berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah Neelofa berikan terhadap media.

Dalam penjelasan kajian yang dimuat naik tersebut, lelaki itu telah menggunakan beberapa contoh kontroversi yang terjadi terhadap Neelofa sebelum ini sehinggalah kepada perkembangan terbaharu membabitkan dirinya dengan pendakwah bebas yang juga bakal suaminya, PU Riz.

“Aku tolak sekeras-kerasnya khabar angin yang bersandar daripada cakap-cakap orang walaupun nampak berasas,” jelasnya mengenai pembentangan teori berkenaan.

Walaupun hantaran yang dibuat oleh lelaki terbabit sangat panjang dan kelihatan meyakinkan, namun apa sahaja yang dijelaskan oleh lelaki tersebut hanyalah teori sahaja dan sukar untuk mengesahkannya.

NPD ialah keadaan seseorang yang menganggap dirinya jauh lebih penting daripada orang lain, memiliki keinginan yang tinggi untuk dipuji atau dibanggakan dan memiliki sifat empati yang rendah terhadap orang lain.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sohor dalam Twitter selepas netizen mendakwa hubungan mereka kini dilanda badai.

Bagaimanapun, Neelofa dalam satu kenyataan menerusi video yang dimuat naik pada 27 November lalu memberitahu bahawa setiap hubungan ada cerita-cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

Bahkan, bekas pengacara MeleTOP itu juga berkata, keluarganya kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian untuk kedua-dua belah pihak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Lama diamkan diri, Neelofa mula jawab soalan di Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*