Takkan layan komen Youtuber ‘pengkr1tik filem’. Ini ayat padu dari Awie

JIKA dahulu, kritikan filem hanya terhad dibuat wartawan yang bertugas di sesebuah akhbar atau pengkritik filem bertauliah.

Hanya mereka yang mempunyai ilmu berkenaan filem diberikan kepercayaan mengupas sesebuah filem dan menjustifikasi sama ada menarik untuk ditonton atau sebaliknya.

Penggunaan bahasa juga berlapik mengikut etika kewartawanan supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya penerbit, pengarah serta pelakon filem terbabit.

Namun, zaman berubah dan perkembangan internet dengan kemunculan platform media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram membolehkan sesiapa saja membuat ulasan filem sekali gus menjadi pengkritik filem.

Trend baharu ini menyaksikan kemunculan beberapa YouTuber yang galak mengulas sesebuah filem mengikut cara tersendiri.

Ada yang masih berlapik, namun ada juga yang menggunakan bahasa kasar semata-mata untuk meraih tontonan tinggi.

Pengarah, Datuk Zulkifli M Osman berkata, semua pihak perlu melihat kelayakan YouTuber yang membuat ulasan berkenaan sesebuah filem.

“Kita kena tengok dulu siapa yang beri komen. Adakah orang itu mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkenaan filem atau YouTuber yang sekadar nak tarik pengikut dan nak dapatkan tular.

“Komen mereka itu sedikit sebanyak ada negatif dan positifnya. Kalau kritikan itu negatif, ia akan terkesan pada kutipan filem itu sendiri.

“Malah, sedikit sebanyak akan menjatuhkan industri filem kita. Jika positif, orang akan menonton dan sudah pasti akan menaikkan graf dan ekonomi negara menerusi perfileman,” katanya.

Menurutnya, setiap filem yang dihasilkan mempunyai pengajaran tersendiri kepada penonton.

“Jadi, sebaik-baiknya berilah komen yang bagus serta membina dan tak perlulah keluarkan kata-kata kes4t. Jika keterlaluan, tujuan mereka hanya nak tontonan yang tinggi. Disebabkan komen itu, orang yang belum menonton tawar hati untuk menonton sedangkan ia sebuah filem yang baik.

“Kurangkanlah komen-komen yang melukakan hati orang. Ia agak s3nsitif terhadap mereka yang terbabit dalam sesebuah filem. Mungkin ia pandangan peribadi tapi janganlah luahkan kepada umum. Mereka akan bersangka buruk dan beri kesan pada sesebuah filem,” katanya.

Awie takkan layan komen Youtuber ‘pengkritik filem’

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Datuk Awie mengakui filem pertama terbitan syarikatnya Rumah Produksi Merah Sdn Bhd berjudul 10 Tips T1pu Bini tidak akan terlepas daripada kritikan pengkritik filem di YouTube.

Awie, 52, berkata, setiap perkara yang dilakukannya samada elok atau tidak, pasti akan berdepan k3caman.

“Sekarang, kita ada ramai Youtuber pengkritik filem yang kononnya, nak buat ‘review’. Walhal mereka pun ‘zero knowledge’ berkenaan filem.

“Mereka tak pernah buat satu filem dan skrip pun. Tapi, cara hentam filem seolah-olah macam dia dah buat 100 filem. Kita nak layankah orang macam ini?” katanya pada sidang media filem terbabit di MaTiC, Jalan Ampang hari ini.

Menurut Awie, Youtuber terbabit sebenarnya berbuat demikian untuk mencari pengikut bagi ‘subscribed’ saluran mereka, semata-mata demi cari duit dan kepentingan sendiri.

“Kalau saya ataupun penggiat lain gila nak layan mereka dan orang lain pun gila nak mendengar kutvkan has4d d3ngki daripada manusia-manusia jahil seperti ini, jahanamlah hidup kita semua.

“Lebih baik kita terus-terang dan jujur begini kerana kita buat filem untuk menghiburkan semua orang. Disamping itu, kami pasukan produksi pun nak cari rezeki

“Ada rezeki yang elok lepas ini, kami buatlah filem lain yang mungkin lebih baik daripada ini. Kalau ada keuntungan kenapa tidak! Mesti saya nak buat yang lebih bagus dari segi produksi, skrip, pelakon dan sebagainya,” katanya.

Awie sangat berharap supaya penonton tidak terpengaruh dengan pengkritik filem yang suka mengeluarkan kritikan bukan-bukan.

“Youtuber ini cuba nak menjahanamkan industri dan semangat pembikin filem.

“Saya tak boleh halang untuk mereka langgan dan komen filem 10 Tips T1pu Bini tapi kita jangan layan.

“Janji, asalkan dia jangan usik nama ibu bapa saya, isteri saya dan mereka yang terdekat dengan saya.Jangan h1na sudahlah,” katanya.

Filem arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan ini menampilkan nama-nama besar iaitu Awie sendiri, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Ia akan menemui penonton menerusi saluran Astro First pada 7Januari, tahun depan.

Sebelum ini Syamsul Yusoff tampil bersuara kepada pengkritik yang sangat berlebihan bila memberikan pendapat

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Takkan layan komen Youtuber ‘pengkr1tik filem’. Ini ayat padu dari Awie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*