Marah Makanan tak Cukup, Sekali Abang Panda ‘Speaking’, Terus Terkedu Pelanggan!

Kerjaya sebagai penghantar makanan sememangnya sangat mencabar. Bukan sahaja bertarung nyawa di atas jalan raya untuk menghantar makanan kepada pelanggan, mereka juga kadang kala dimarahi pelanggan kerana lambat. Malah ada kes, penghantar makanan dibel4sah!

Taerbaru, seorang pelanggan meluahkan rasa geram apabila mendapati makanan yang dipesan tidak cukup. Terus dia marah abang Panda. Tapi yang menarik perhatian netizen ialah cara penghantar makanan tersebut membalas rungutan tersebut. Kisah ini dikongsikan di Facebook Syahril A. Kadir.

Tidak puas hati makanan tidak lengkap

Foto: Syahril A. Kadir

Pelanggan berkenaan marah apabila makanan yang diterimanya tidak lengkap seperti yang dipesan di aplikasi penghantar makanan tersebut. Menurut pelanggan itu, pesanan makanan yang bernilai RM57 di sebuah restoran terkenal itu sepatutnya mengandungi 9 ketul ayam dan ayam nugget tetapi apa yang diterima adalah sebaliknya.

Namun, respon penghantar makanan itu membuatkan pelanggan itu terdiam seketika apabila dia membalas dalam Bahasa Inggeris. Tanpa melayan karenah pelanggan yang sedang marah, penghantar makanan itu mengajar langkah-langkah untuk membuat aduan di aplikasi penghantar makanan itu untuk mendapatkan duit pulangan, jika makanan yang dihantar tidak lengkap.

Penghantar makanan itu juga menyatakan bahawa kerja mereka hanyalah mengambil pesanan makanan di restoran tertentu dan menghantarnya kepada pelanggan, tanpa membuka bekas makanan tersebut. Menurut penghantar makanan itu juga, jika pesanan makanan tidak lengkap, maka ia bukan salah mereka dan pelanggan masih boleh membuat aduan di aplikasi itu.

Netizen puji tindakan penghantar makanan

Foto: Syahril A. Kadir

Perkongsian tersebut secara tidak langsung mendapat beberapa pujian daripada netizen kerana respon penghantar makanan yang bijak dalam berkomunikasi dengan pelanggan yang banyak karenah.

Sumber: Syahril A. Kadir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "Marah Makanan tak Cukup, Sekali Abang Panda ‘Speaking’, Terus Terkedu Pelanggan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*