Suami Isteri Dedah Pengalaman Burvk Menginap Di Hotel ‘Acah’ Mewah, “Tagline ‘Luxury’, tapi air kolam pun berminyak”

Bagi korang yang sedang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga, seeloknya periksa dahulu maklum balas (review) hotel atau tempat percutian tersebut agar tidak menyesal di kemudian hari.

Bukan setakat perkhidmatan dan layanan pihak hotel sahaja perlu diambil kira, malah kualiti dan tahap kebersihan juga perlulah diperiksa terlebih awal supaya percutian yang santai itu tidak berubah menjadi mimpi ‘ngeri’.

 

Terpedaya tagline ‘luxury’

Seperti perkongsian sepasang suami isteri ini di laman Facebook, mereka dikatakan telah menempah penginapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Mereka memilih untuk menginap di situ disebabkan terpedaya dengan tagline ‘luxury’ milik hotel tersebut.

Namun, kemewahan yang disangkakan rupanya hanya ‘indah khabar dari rupa’ apabila ternyata tahap kualiti hotel tersebut rupanya nan hado sajo saat mereka menjejakkan kaki ke situ.

Memandangkan tagline hotel ini ‘luxury’, maka harapan kami juga adalah tinggi. Namun harapan itu hancur musnah apabila kami melangkah masuk.

Bukan setakat layanan burvk yang diterima, malah tahap kebersihan hotel tersebut juga sangat ‘mengerikan’!

Dedahnya lagi,

“Seawal check in lagi, kami telah diberi peringatan untuk tidak mengapa-apakan barang hotel ini atau berdepan dengan denda yang menanti. Ternganga kami mendengarnya. Awal-awal lagi dah bagi bad impression.”

Menurut wanita itu, perkara mengejutkan terjadi apabila mendapati bilik penginapan mereka itu berhabuk dan kualiti kebersihannya tidak memuaskan. Bukan itu sahaja, sarapan yang disediakan oleh pihak hotel itu juga hanya ala kadar sahaja tak sama seperti konsep ‘luxury’ yang ditayangkan kepada umum.

Baca review lain (Google Review), siap ada nampak lipas berlari kat makanan. Kalau berlaku di depan saya, boleh muntah terus kot. 

Air kolam berminyak, dinding pula merekah

Mimpi buruk itu tidak berakhir di situ apabila sesudah sarapan sahaja, pasangan suami isteri itu menjengah pula ke kawasan kolam renang untuk bermandi-manda. Namun, insiden menj1jikkan pula ‘menjamu mata’ setelah mendapati air kolam tersebut berminyak disertai pula dinding kolam yang telah rosak dan merekah.

“Selepas breakfast, ingatkan nak pergi mandi di kolam. Bila pergi, tu diaaa!”

Air kolam berminyak, geli! Dinding kolam pula siap merekah, jem! Tak ada selera terus. 

Menurut wanita itu lagi, bukan setakat kualiti dan tahap kebersihan sahaja yang tidak memuaskan, malah layanan yang diberikan juga agak menjengkelkan.

“Balik semula ke bilik. Ketika tengah duduk berehat, kami menerima panggilan peringatan untuk check out pada jam 12 tengah hari. Tak sabar betul nak menghalau pelanggan.”

Mimpi buruk pasangan itu tidak berakhir di situ sahaja apabila ins1den yang lebih ‘mengerikan’ terjadi pula sewaktu hendak mendaftar keluar. Mereka berdua disuruh pula untuk menunggu sebentar di kaunter sementara staf hotel berkenaan memeriksa keadaan bilik yang ditinggalkan.

“Selepas sekian lama menunggu, kami dipanggil datang ke kaunter. Dengan muka serius tanpa sebarang senyuman, cadar bilik ditebarkan di atas meja kaunter, di hadapan pelanggan lain.”

Kena bayar denda ratusan ringgit pulak

Terdapat sedikit kotoran yang tercalit pada cadar berkenaan dan apa yang mengejutkan, mereka perlu membayar pula denda sebanyak ratusan ringgit sebagai ganti rugi kotoran berkenaan.

Suami saya mula bertekak mempertahankan hak kami sebagai pelanggan. Selama ini, hotel jauh lagi hebat kami inap pun tak pernah buat begini.

 Disebabkan enggan membayar ganti rugi yang tidak masuk akal itu, mereka berdua disuruh pula untuk membawa cadar tersebut untuk dihantar ke dobi untuk dibasuh dan dikembalikan semula.

“Akhirnya kami bawa cadar ke bilik air lobi hotel untuk dibasuh sendiri. Sekejap saja kotoran itu dapat dihilangkan.”

Selesai membasuh, mereka membawa semula cadar tersebut untuk diserahkan di kaunter. Namun, ada lagi masalah yang timbul apabila mereka menunjuk pula tuala yang diambil dari bilik hotel yang mempunyai kesan gincu.

Mereka nak denda lagi, apa lagi suami saya jadi rimau.

Mujur terdapat seorang staf yang agak baik membantu mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Tambahnya, staf tersebut turut mengadu tidak tahan untuk menghadap ‘situasi’ yang sama seperti itu setiap hari.

Walaupun ‘ngeri’ dengan pengalaman menginap di hotel tersebut, wanita ini ternyata tidak sampai hati untuk mendedahkan ‘nama’ hotel berkenaan kepada khalayak.

“Tapi kalau ada banyak permintaan, saya akan beritahu. Semoga orang lain tidak terkena seperti kami.”

Moral of the storynya, rajin-rajin baca review dulu ye sebelum nak tempah mana-mana tempat percutian. 

Sumber: Pakej Percutian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Suami Isteri Dedah Pengalaman Burvk Menginap Di Hotel ‘Acah’ Mewah, “Tagline ‘Luxury’, tapi air kolam pun berminyak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*