Sakinah Di Dakwa Lagi

Kekasih Sharifah Sakinah, Michael Hansen menafikan dakwaan pelakon wanita itu peramp4s dan pemu-snah rumah tangga orang.

Michael menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Sakinah sepanjang mengenalinya.

Sebaliknya hubungan perkahwinan bersama dengan bekas isterinya itu telah berakhir sebelum bertemu dengan Sakinah.

“Merujuk kepada khabar angin yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini, saya ingin menjelaskan dan mengesahkan bahawa Sharifah Sakinah BUKAN penyebab perpisahan perkahwinan saya.

“Hubungan antara saya dan ibu anak-anak saya sudah berakhir setahun sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Selepas daripada perpisahan itu kami memang tinggal secara berasingan.

“Sakinah adalah seorang wanita hebat, baik hati dan mempunyai sifat humor yang sangat menyenangkan.

“Kami juga menghormati masa silam masing-masing. Saya harap anda semua dapat menghormati privasi keluarga saya dengan cara yang sama,” jelasnya dalam Bahasa Inggeris.

Michael berkata demikian ketika dihubungi Gempak menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, nama Sakinah tiba-tiba menjadi hangat apabila timbul pelbagai versi cerita kurang enak mengenai dakwaannya sebagai perampas suami orang.

Dalam perkembangan lain, Sakinah sebelum ini memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden ini pada 28 Mei tahun hadapan.

Sharifah Sakinah Kahwin Dengan Mat Saleh Mei Depan

Dalam perkembangan lain, Hubungannya dengan seorang jejaka Mat Saleh hangat diperkatakan, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan akan menamatkan zaman jandanya dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.

Memilih tarikh berkenaan kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

“Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Cov1d-19 yang masih belum reda,” katanya.

Menerusi satu temu bual program televisyen, Sakinah berkata meskipun sudah berumah tangga dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan tidak berhasrat untuk berpindah ke Sweden.

“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini. Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah yang dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan apa yang dikongsikan menerusi temu bual itu dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat.

“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Sakinah Di Dakwa Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*