Gadis F1tnah Neelofa Mohon Maaf, Sekali Ini Reaksi PU Riz

Sebelum ini Pembantu peribadi (PA) kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.

Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut. “Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya. Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita berkenaan, apatah lagi pernah bertemu.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya. “Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya. Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tudhan-tudhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.

Tampil Buat Permohonon Maaf

Terbaru, individu dikenali sebagai Syamira Safiya yang bertindak menyebarkan ftnah terhadap Neelofa telah tampil membuat permohonan secara terbuka.

Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.Jelas gadis itu, segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak berniat jahat untuk mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.Susulan daripada itu, dia sekali lagi memohon maaf kepada pihak Neelofa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Terdahulu, Syamira telah didakwa kenyataan yangtidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Namun, segala kenyataan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi satu kenyataan media.

Nadiah menerusi Instagram Story miliknya, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu. Sebelum ini ,sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.

Reaksi PU Rizz

Dalam pada itu PU Rizz telah memuzt naik keratan gambar gadis tersebut dalam usaha untuk menjejaki beliau

Pu Rizz juga ada tag dari pihak akhbar Kosmo

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan warganet selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz. Terdahulu, Neelofa dirisik oleh PU Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur.

Cinta Masih Bertaut

Warganet Dedahkan Bukti Cinta Pu Riz Masih Bertaut. Rupa Rupanya Ini Yang Pu Riz Masih Lakukan Pada Neelofa Sampai Warganet Perasan.

PU Riz masih like foto Lofa yang latest” – Tiada Cincin Lagi Di Jari, Tapi Warganet Terkejut PU Riz Masih Like Foto Neelofa di Instagram! Kemelut perhubungan cinta antara pengacara dan usahawan, Neelofa dan Pencetus Ummah, PU Riz masih tiada noktahnya.

Di sana sini pelbagai berita palsu dan spekulasi yang menjadi buah mulut warganet, namun pasangan terbabit sehingga kini masih belum menjelaskan status sebenar hubungan mereka. Walau bagaimanapun, hari ini warganet agak terkejut apabila mendapat tahu PU Riz masih like posting terbaru daripada Neelofa di Instagram.

Waaa si dia masih like post Lofa, semoga jodoh sehingga ke Jannah, Neelofa” Komen tersebut kemudian disokong oleh warganet lain yang mengatakan PU Riz memang masih dan selalu memberi tanda suka kepada semua foto terbaru usahawan tersebut. Masih ada jodohkah?

Siasat Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Bongkar Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka. Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab NeelofaSebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan netizen tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta. Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu.Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’.Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Gadis F1tnah Neelofa Mohon Maaf, Sekali Ini Reaksi PU Riz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*