R0h Kotak Dybbuk Sebenarnya Tak Wujud, Satu Malaysia Kena T1pu?

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang Youtuber Malaysia mendakwa dirinya telah diganggu oleh roh setelah membuka kotak Dybbuk. Menurutnya di dalam satu video, kotak misteri itu dibeli menerusi laman jual beli dalam talian eBay.

Dakwaan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang sempat dirakam dalam video yang dimuat naik di Youtube. Malah, ramai juga yang melihat perubahan ketara diri Youtuber tersebut, seolah-olah tidak terurus dan semakin kurus.

Bukan sahaja di Malaysia, beberapa individu dari luar negara juga pernah membuat pended4han tentang m1steri kotak Dybbuk ini.

Channel MindSeed TV pernah memuat naik sebuah video unboxing kotak Dybbuk pada tiga tahun lalu. Dalam video tersebut, dia telah diganggu dan beberapa kejadian aneh berlaku seperti jam dinding yang tiba-tiba sahaja terjatuh.

Persoalannya di sini, sejauh manakah kebenaran misteri kotak Dybbuk ini?

Sejarah kotak Dybbuk

Kegunaan asal kotak Dybbuk sebenarnya adalah untuk menyimpan minuman wain. Dybbuk pula adalah gelaran untuk r0h jah4t yang dipercayai mampu untuk merasuk mana-mana m4khluk hidup.

Kotak dybbuk mula popular dan mendapat perhatian ramai apabila Kevin Mannis, penulis filem The Posession menjual kotak ini di laman jual beli dalam talian eBay. Untuk rekod, filem ini diinspirasikan oleh kisah ser4m yang direka sendiri oleh Kevin Mannis.

Pada masa itu, Mannis mendakwa dia membeli kotak Dybbuk ini di sebuah jualan lelong pada tahun 2003. Menurutnya, kotak tersebut adalah milik seorang m4ngsa Holocaust di Poland yang bernama Havelah.

Menurut cucu Havelah yang ditemui oleh Mannis, Havelah membeli kotak ini sebelum melarikan diri ke Amerika Syarikat dari Sepanyol.

Pada mulanya, Mannis menawarkan kotak tersebut kepada cucu Havelah namun pelawaannya ditolak. Menurut cucunya, selama ini kotak tersebut telah disimpan di dalam bilik menjahit neneknya dan tidak pernah disentuh kerana mengandungi r0h jah4t dybbuk.

Kisah yang direka?

Pada hujung tahun 2015, Kevin Mannis pernah mended4hkan kepada umum bahawa kisah kotak Dybbuk yang diceritakan olehnya pada beberapa tahun lalu adalah rekaan semata-mata. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi penulisan jalan ceritanya.

Melihatkan semakin ramai yang mempercayai kisah rekaannya, Mannis pernah menawarkan 100,000 USD kepada mana-mana individu yang dapat membuktikan kewujudan r0h jah4t dalam kotak Dybbuk.

Malah, Mannis juga menawarkan untuk membuat t4ttoo di dahinya dengan menulis nama mereka yang berjaya. Di akhir penjelasan tersebut, Mannis meminta orang ramai agar tidak menggunakan kisah rekaannya untuk tujuan peribadi.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyangkal dakwaan Youtuber tempatan yang diganggu oleh r0h kotak Dybbuk, namun hanya untuk menjelaskan kepada umum bahawa kisah asal kotak Dybbuk sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata.

Sumber: LiveSciFi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "R0h Kotak Dybbuk Sebenarnya Tak Wujud, Satu Malaysia Kena T1pu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*