“Saya tr4uma, semua anak lahir pramatang” – Berat ujian ibu muda ini

TAHUN 2020 merupakan tahun dvka bagi semua gara-gara pandemik Cov1d-19.

Bagi wanita ini, tahun 2020 juga merupakan tahun yang pasti tidak akan dilupakan seumur hidupnya kerana kehilangan dua cahaya mata.

Kehilangan dua bayi yang dikandung gara-gara tidak cukup bulan ketika dilahirkan pastinya perit apatah lagi hanya berselang sembilan bulan.

“Penutup tahun 2020… Allah hadirkan dua orang anak syurga. Suka duka silih berganti. First anak syurga 31 Mac 2020, second anak syurga 29 Disember 2020. Terima kasih pernah hadir dalam hidup umi dan ayah,” demikian coretan wanita ini di Facebook, sehingga meruntun hati netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Sakinah Izzatie Nasri berkata kedua-dua bayinya itu merupakan anak ketiga dan keempat yang dilahirkan pramatang ketika kandungan berusia sekitar 20 minggu.

Posting meruntun hati dikongsi Sakinah membuatkan rata-rata netizen turut sebak.

“Anak syurga saya yang pertama men1nggal dunia pada 31 Mac 2020, masa tu kandungan 20 minggu. Awal saya mengandungkan dia, kandungan saya tiada masalah apa sampai la tarikh 30 Mac.

“Hari appointment hospital di mana saya kena periksa perut setiap bulan, doktor scan dan check jalan dah buka 2cm. Terus saya admit wad dan buat cervical cerclage (jah1tan pangkal rahim) hari yang sama.

“Keesokannya turun lendir dan dar4h, bukaan makin buka dari 2cm ke 4cm. Saya selamat melahirkan bayi perempuan syurga seberat 400 gram dan bayi men1nggal selepas dilahirkan,” kata ibu muda berusia 23 tahun ini.

Anak keempat Sakinah men1nggal dunia selepas dua jam dilahirkan.

Belum pun kesedihan kehilangan cahaya mata ketiga reda, wanita ini sekali lagi diuji apabila kandungan keempatnya turut menerima nasib yang sama.

“Anak syurga kedua saya pun lalui nasib yang sama macam anak syurga pertama. Pada 29 Disember sakit makin kerap dan saya dipaksa bersalin. Tepat jam 12.05 tengah hari saya melahirkan anak lelaki seberat 370 gram dan baby men11nggal setelah 2 jam dilahirkan,” ceritanya.

Sedang melalui tempoh berpantang, wanita yang senang disapa Sakinah ini hanya mampu mengvbati kerinduan terhadap kedua-dua bayinya dengan menziarahi pusara dan menatap barangan kelengkapan yang sudah disediakan bagi menyambut kelahiran mereka.

“Apa yang menguatkan semangat saya, sudah tentulah suami… dia yang tak henti-henti memberi kata semangat pada saya. Begitu juga sokongan daripada kawan-kawan rapat dan keluarga sendiri.

 

Ya saya tr4uma untuk kandungan seterusnya sebab anak-anak saya semua dilahirkan pramatang dan dua daripadanya men1nggal dunia.

NUR SAKINAH IZZATIE NASRI

IBU

“Saya kongsikan kisah ini di media sosial sebagai kenangan yang terindah untuk diabadikan. Saya perlukan sokongan moral daripada kawan-kawan Facebook supaya mendoakan yang baik-baik untuk diri ini,” ujarnya.

Berdepan pengalaman empat kali kehamilan pramatang termasuk anak pertama dan kedua yang dilahirkan ketika kandungannya masing-masing berusia 27 dan 29 minggu, Sakinah tidak dapat menolak timbulnya perasaan bimbang dan fobia untuk melalui kehamilan seterusnya.

“Ya saya tr4uma untuk kandungan seterusnya sebab anak-anak saya semua dilahirkan pramatang dan dua daripadanya men1nggal dunia.

“Ia membuatkan saya takut dan saya tak merancang untuk mengandung lagi dalam masa terdekat ni. Kalau boleh biarlah dua tahun ke atas atau lebih untuk saya mengandung semula,” ujarnya.

Sakinah sering menziarahi pusara dua anak syurganya bagi melepaskan rasa rindu.

Reda dengan ujian yang dihadapi, Sakinah bagaimanapun bersyukur kerana mampu memelvk dan menatap anak sulung dan keduanya yang kini berusia empat dan tiga tahun.

“Apa yang saya nak sampaikan di sini, supaya wanita lebih peka dengan kehamilan dan selalu ikut saranan doktor demi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan selamat sehingga melahirkan, insyaAllah.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan di Facebook yang tak henti-henti mengucapkan salam takziah pada saya dan suami. Terima kasih kerana ambil berat pasal saya dan anak.

“Semoga kalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan semua insyaAllah,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Saya tr4uma, semua anak lahir pramatang” – Berat ujian ibu muda ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*